Pembatalan pelantikan 10 Exco Negeri Sembilan diwartakan

LocalPolitics
24 Sep 2026 • 9:29 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Pembatalan pelantikan 10 Exco Negeri Sembilan diwartakan
Warta pembatalan jawatan 10 Exco Negeri Sembilan yang tersebar

SEREMBAN - Pembatalan pelantikan 10 ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Negeri Sembilan telah diwartakan pada Khamis.

Warta yang bertarikh 24 September berkenaan menyatakan, pelantikan ahli-ahli Exco tersebut dibatalkan berkuat kuasa 20 September oleh Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir mengikut Perkara 38(5) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan 1959.

Warta itu menyatakan kesemua 10 Exco terbabit telah mengangkat dan menandatangani sumpah serta ikrar taat setia di hadapan Tuanku Muhriz pada 7 Ogos 2026 sebelum mengambil tempat sebagai Exco Negeri Sembilan.

Menurut warta tersebut, pembatalan dibuat selepas kesemua mereka didapati telah melanggar ikrar taat setia yang dilafazkan.

"Bahawasanya memandangkan kalian telah melanggar ikrar taat setia tersebut, maka Beta dengan ini menarik balik perkenan Beta dan membatalkan pelantikan kalian sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Sembilan,” menurut warta berkenaan.

Mereka yang terlibat ialah Datuk Mohd Faizal Ramli (Exco Kemajuan Luar Bandar dan Pembangunan Wilayah); Datuk Zaifulbahri Idris (Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Modal Insan); Datuk Mustapha Nagoor ( Exco Pembangunan Belia dan Sukan); Siow Kong Choon (Exco Pembangunan Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Hal Ehwal Bukan Islam); Siti Nur Umaira Hasim (Exco Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat).

Selain itu, Datuk Mohd Asna Amin (Exco Perindustrian, Teknologi, Inovasi dan Digital); Datuk Mohd Razi Mohd Ali (Exco Pertanian, Keterjaminan Makanan dan Kos Sara Hidup); Suhaimizan Bizar (Exco Kesihatan, Perpaduan, Penerangan, Integrasi Nasional dan NGO); Mohd Fairuz Mohd Isa (Exco Keusahawanan, Sumber Manusia, Perubahan Iklim, Koperasi dan Kepenggunaan) dan Datuk Razali Abu Samah (Exco Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan dan Warisan).

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved