Pembekal perabot didakwa terbabit transaksi haram RM16,400

LocalBusiness & Finance
27 Oct 2026 • 4:44 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

Pembekal perabot didakwa terbabit transaksi haram RM16,400

Kota Kinabalu: Seorang pembekal perabot didakwa di Mahkamah Sesyen pada Isnin atas pertuduhan terbabit secara langsung dalam transaksi haram berjumlah RM16,400 menggunakan akaun bank miliknya.

Elson Madus, 29, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen, Hurman Hussain.

Tertuduh didakwa melakukan transaksi debit yang menyalahi undang-undang melalui akaun bank miliknya pada jam 1.29 tengah hari, 18 Mac tahun ini di Maybank Karamunsing.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 424C(1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara antara tiga hingga 10 tahun atau denda antara RM10,000 hingga RM150,000 atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Mahkamah menetapkan 25 November ini untuk sebutan semula kes bagi penyerahan dokumen berkaitan.

Tertuduh dibenarkan diikat jamin RM5,000 dengan dua orang penjamin tempatan.

Mahkamah turut memerintahkannya melaporkan diri di balai polis berhampiran setiap dua minggu sehingga kes selesai.

Terdahulu pihak pendakwaan menawarkan jaminan RM15,000 berserta beberapa syarat.

Bagaimanapun Elson yang tidak diwakili peguam memohon supaya jumlah jaminan dikurangkan dan memaklumkan mahkamah bahawa beliau akan mendapatkan khidmat peguam untuk mewakilinya.

Timbalan Pendakwa Raya Bryan Francis mengendalikan pendakwaan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved