
Sudah lebih dua bulan sejak Elon Musk mengumumkan beliau ingin membeli Twitter pada harga mencecah $44 billion. Tetapi proses pembelian Twitter tidak berjalan lancar dengan Elon meletakkan syarat bahawa laman perlu membuktikan bahawa hanya terdapat 5% akaun palsu dan kekayaan Elon sendiri terumbang-ambing kerana bergantung kepada saham Tesla.

Terkini menurut laporan The Washington Post, pembelian Twitter kini sekali lagi dalam bahaya kerana pasukan Elon Musk yang diberikan akses kepada data laman tidak mampu membuktikan jumlah sebenar akaun palsu yang wujud.
Sekiranya jumlah akaun palsu tidak dapat dibuktikan bawah 5%, Elon mungkin akan membatalkan hasrat beliau. Sungguhpun begitu Twitter masih akan menerima $1 bilion jika Elon membatalkan pembelian laman mengikut persetujuan asal.

