Twitter Mengatakan Mereka Membuang 1 Juta Akaun Spam Setiap Hari

TechnologyDigital
8 Jul 2022 • 10:14 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Twitter kini memaklumkan mereka membuang lebih 1 juta akaun spam pada setiap hari – memberikan lebih data dan maklumat berkenaan platform tersebut, selari apa yang diminta oleh Elon Musk.

Elon Musk mengatakan Twitter mempunyai akaun spam dan bot yang lebih tinggi daripada dinyatakan. Sebelum ini, Twitter memaklumkan mereka mempunyai kurang 5% akaun berbentuk bot pada platform mereka. Lanjutan daripada itu, kini Twitter berkongsi data baharu ini, dan turut menyatakan sering mengambil langkah dalam memerangi akaun spam dan bot.

Twitter memaklumkan pasukan mereka menyemak ribuan akaun Twitter secara rawak – selain menggunakan data terbuka dan peribadi milik mereka dalam menilai dan melaporkan kepada para pemegang saham.

Sebelum ini, Elon Musk telah menawarkan $44 bilion untuk ambil-alih Twitter, tetapi dilihat mungkin berpotensi membatalkannya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved