Pemberian Khas Sarawak Naik Kepada RM1.5 Bilion, Anwar Ibrahim Umum Beberapa Bantuan Baharu

LocalPolitics
17 Sep 2026 • 10:33 AM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan pemberian khas kepada Sarawak dinaikkan kepada RM1.5 bilion setahun, berbanding RM600 juta sebelum ini.

Menurut laporan Kosmo, peningkatan itu akan mula berkuat kuasa pada tahun 2026, dengan kadar pemberian khas tersebut menyamai kadar interim Pemberian Khas Sabah.

Antara ikhtiar kerajaan untuk Sabah dan Sarawak

Anwar Ibrahim Sarawak

Pengumuman itu dibuat Anwar ketika menyampaikan Amanat Hari Malaysia sempena sambutan rasmi Hari Malaysia di Kuching, malam ini.

Menurut beliau, beberapa ikhtiar turut diperkenalkan bagi meringankan beban rakyat serta memperkukuh hubungan antara Kerajaan Persekutuan dengan Sabah dan Sarawak.

Antaranya termasuk hak pemberian khas untuk negeri Sarawak, penambahbaikan ikhtiar Budi Diesel untuk rakyat serta Bantuan Khas Pembelian Tiket Penerbangan (RM500) secara sekali beri (one-off) kepada setiap pelajar baharu institusi pengajian tinggi awam yang layak.

Anwar berkata, langkah tersebut turut membawa makna kepada semangat Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) yang perlu terus diterjemahkan melalui penghormatan terhadap hak serta kepentingan Sabah dan Sarawak.

Ikhtiar ini turut memaknai semangat Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) sebagai waad nasional yang mesti terus diterjemahkan melalui penghormatan terhadap hak serta kepentingan Sabah dan Sarawak dalam kerangka Persekutuan.

Pelajar baharu IPTA turut dapat bantuan tiket RM500

anwar ibrahim

Selain peningkatan pemberian khas Sarawak, bantuan khas pembelian tiket penerbangan sebanyak RM500 secara sekali beri turut diumumkan.

Bantuan itu diberikan kepada setiap pelajar baharu institusi pengajian tinggi awam yang layak.

Anwar berkata, kerajaan akan terus memastikan kemajuan negara diterjemahkan kepada manfaat yang dapat dirasai rakyat.

Agar Sabah, Sarawak dan Semenanjung terus melangkah bersama menuju kehidupan yang lebih sejahtera dan bermaruah.

Nota Oh! Media:
Pengumuman seperti ini melibatkan peruntukan dan dasar yang memberi kesan kepada rakyat. Jadi, penting untuk kita faham syarat, pelaksanaan dan penerima yang layak supaya tidak terlepas manfaat yang diumumkan.

Sumber: Kosmo
Ikuti Perbincangan: Whatsapp, Facebook, Threads dan Instagram.

The post Pemberian Khas Sarawak Naik Kepada RM1.5 Bilion, Anwar Ibrahim Umum Beberapa Bantuan Baharu appeared first on Oh! Media.
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved