Berita baik untuk penjawat awam, khususnya yang nak beli rumah baharu atau upgrade rumah sedia ada! Terdapat beberapa penambahbaikan yang diumumkan oleh Kerajaan dalam Belanjawan 2026 yang melibatkan Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA).

Antaranya:
- Skim Pembiayaan Perumahan Muda di bawah LPPSA akan dilanjutkan sehingga 31 Disember 2026 yang dijangka memanfaat sehingga 48 ribu penjawat awam muda di bawah umur 30 tahun.
- Had kelayakan maksimum pembiayaan LPPSA akan dinaikkan sehingga 1 juta ringgit selaras dengan pelarasan gaji dan peningkatan harga pasaran hartanah. – Ini membolehkan penjawat awam beli rumah dengan harga lebih tinggi, selaras dengan harga pasaran semasa.
- Susulan kenaikan ini, pembiayaan LPPSA kali kedua dipermudah tanpa perlu menyelesaikan pembiayaan pertama tertakluk kepada had kelayakan baki pembiayaan. Ini akan diperkenalkan seawal suku keempat 2026. – Maksudnya penjawat awam dah tak perlu selesaikan pembiayaan pertama untuk mohon pembiayaan kedua. Ini sangat membantu mereka yang nak beli rumah kedua (contohnya untuk pindah tempat kerja, tambah aset, dsb).

Baca juga:
- STR & SARA 2026 – Bayaran Kategori Bujang, Isi Rumah, Warga Emas
- Pendidikan Percuma PTPTN Mulai 2026 – Belanjawan 2026
Mekanisme Pembiayaan Kali Kedua LPPSA 2026
Seperti yang kita tahu, LPPSA (Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam) diwujudkan khas untuk membantu penjawat awam memiliki rumah sendiri dengan cara lebih mudah dan berpatutan berbanding pinjaman bank biasa.
Antara kelebihan LPPSA untuk penjawat awam ialah kadar faedah tetap yang rendah sekitar 4% setahun, tempoh bayaran balik yang lebih panjang tanpa caj tersembunyi atau penalti penyelesaian awal. Pinjaman ini turut dilindungi skim takaful, menjadikan ia pilihan lebih selamat dan berpatutan berbanding pinjaman bank biasa.
Walau bagaimanapun, buat masa ini, penjawat awam yang ingin mendapatkan pembiayaan LPPSA kali kedua perlu menyelesaikan baki hutang pembiayaan pertama sepenuhnya. Kelayakan pembiayaan kedua juga adalah tertakluk kepada ansuran bulanan tidak melebihi 50% daripada gaji hakiki semasa.
Oleh sebab itu, pengumuman Kerajaan dalam Belanjawan 2026 tentu akan memberi satu kegembiraan kepada penjawat awam yang ingin memiliki rumah kedua, sesuai dengan nature of work penjawat awam yang sering berdepan kemungkinan untuk dipindahkan lokasi bekerja dari semasa ke semasa.
Mekanisme tentang pelaksanaan pembiayaan kali kedua LPPSA ini akan diperkenalkan seawal suku keempat 2026, iaitu antara Oktober hingga Disember 2026.
Sila rujuk laman web rasmi LPPSA untuk mendapatkan makluman terkini dari semasa ke semasa.
- Laman web rasmi LPPSA : https://www.lppsa.gov.my/
- Facebook : Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam – LPPSA

Maklumat Lanjut & Soalan Lazim
Berikut dikongsikan soalan lazim berkenaan pembiayaan LPPSA setakat 12 Oktober 2025 :
a) Baki hutang pembiayaan pertama selesai sepenuhnya.
b)Kelayakan pembiayaan kedua tertakluk kepada ansuran bulanan tidak melebihi 50% daripada gaji hakiki semasa.
Kaedah pengiraan had kelayakan adalah seperti berikut:
1. Ansuran bulanan tidak melebihi 60% daripada gaji pokok dan elaun tetap, dan jumlah hutang tidak melebihi 80% daripada pendapatan bersih; dan
2. Gaji bersih untuk semua peminjam sekurang-kurangnya 20% daripada pendapatan kasar. (*Pendapatan bersih dibawah tafsiran LPPSA merujuk kepada: Gaji Pokok + Elaun Tetap yang diambilkira – Potongan Wajib)
Nota:
– Anggaran jumlah maksimum pembiayaan boleh dikira menggunakan kalkulator pengiraan kelayakan di laman sesawang LPPSA dengan memasukkan amaun hartanah dan amaun yang dimohon.
– Amaun pembiayaan yang diluluskan adalah tertakluk kepada amaun yang terendah di antara berikut:
a. – harga hartanah;;
b. – penilaian JPPH;
c. – amaun yang dimohon; atau
d. – kelayakan maksimum pemohon.




