Pembiayaan mikro meningkat kepada RM6.6 bilion

LocalBusiness & Finance
9 Oct 2026 • 5:38 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Pembiayaan mikro meningkat kepada RM6.6 bilion

PETALING JAYA: Pembiayaan mikro ditingkatkan kepada RM6.6 bilion pada 2027 bagi membantu pengusaha kecil meningkatkan pendapatan melalui perniagaan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, menerusi Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM), sebanyak RM3 bilion dana pembiayaan disediakan tahun hadapan bagi membantu 360,000 pengusaha.

Beliau berkata, Kelantan merekodkan jumlah pembiayaan tertinggi menerusi AIM, manakala Sabah mencatatkan bilangan penerima paling ramai.

“Dana pembiayaan TEKUN pula akan ditingkatkan kepada RM1.3 bilion. Tumpuannya adalah untuk menyokong pembangunan usahawan Bumiputera,” katanya dalam pembentangan Belanjawan 2027 di Dewan Rakyat hari ini.

Sementara itu, Anwar berkata, pembiayaan di bawah TEKUN dan AIM bagi masyarakat India turut ditingkatkan kepada RM150 juta bagi membantu pengusaha kecil mengembangkan perniagaan.

“Di bawah BSN pula, pembiayaan mikro disediakan sebanyak RM1.7 bilion. Agihan khusus disediakan untuk manfaat golongan belia, pekerja gig, penjaja dan golongan rentan,” katanya. – UTUSAN 

The post Pembiayaan mikro meningkat kepada RM6.6 bilion appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved