Belanjawan 2027 ringankan beban pembeli rumah pertama – M K Land

9 Oct 2026 • 6:32 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Belanjawan 2027 ringankan beban pembeli rumah pertama – M K Land

PETALING JAYA – M K Land Holdings Berhad (M K Land) Nazri menyambut baik kemudahan
jaminan pembiayaan perumahan berjumlah RM20 bilion menerusi Syarikat Jaminan Kredit
Perumahan (SJKP), selain peluasan pengecualian duti setem kepada pembeli rumah pertama.

Ketua Pegawai Operasi, Perancangan Kumpulan & Perkhidmatan Korporat M K Land, Nazri
Tumin berkata, langkah tersebut merangkumi pengecualian penuh duti setem bagi kediaman pertama berharga sehingga RM500,000 serta pengecualian sebahagian bagi kediaman berharga sehingga RM750,000, sekali gus membantu mengurangkan beban kos awal pembelian rumah.

“Usaha memperluas akses kepada pembiayaan perumahan dan mengurangkan kos permulaan
pembelian merupakan langkah penting dalam membantu lebih ramai rakyat
khususnya pembeli rumah pertama, merealisasikan hasrat memiliki kediaman sendiri.

“Kami turut menghargai perhatian Kerajaan terhadap peningkatan kos pembinaan melalui
langkah seperti pengenalan semula klausa Perubahan Harga atau Variation of Price (VOP), di
samping usaha meningkatkan kecekapan urusan pentadbiran dan produktiviti tenaga kerja.

Image from: Belanjawan 2027 ringankan beban pembeli rumah pertama – M K Land

“Walaupun langkah ini amat menggalakkan, perhatian berterusan terhadap kos pembinaan,
proses kawal selia dan keseluruhan kos pembangunan perumahan masih penting bagi
memastikan pemaju dapat terus menyediakan kediaman berkualiti pada harga yang kompetitif
dan mampu dimiliki rakyat,” katanya dalam kenyataan.

Nazri menjelaskan, syarikat menyambut baik pendekatan seimbang Belanjawan 2027 yang bukan sahaja memberikan tumpuan kepada keperluan ekonomi semasa, malah turut menggariskan langkah jangka panjang bagi memperkukuh daya saing industri, menggalakkan pelaburan sektor swasta serta meningkatkan kesejahteraan rakyat Malaysia.

“Langkah yang diumumkan mencerminkan kepentingan menyokong kedua-dua
sektor perniagaan dan pengguna bagi memastikan pertumbuhan ekonomi negara terus
mampan, khususnya dalam sektor pembangunan hartanah, pelancongan dan tenaga boleh
diperbaharui.

“Kami melihat Belanjawan 2027 sebagai satu perkembangan positif dalam menangani tekanan
ekonomi semasa, di samping menyediakan asas yang lebih kukuh untuk pembangunan industri
dalam jangka panjang.

“Persekitaran perniagaan yang berdaya tahan dan keyakinan pengguna yang kukuh saling
berkait rapat. Apabila industri mampu terus melabur dan berkembang secara mampan,
manfaatnya turut dirasai rakyat melalui peluang pekerjaan, perkhidmatan yang lebih baik serta
penyertaan ekonomi yang lebih meluas,” katanya.

Selain itu, menyentuh mengenai  sektor pelancongan dan rekreasi, Nazri menyambut baik peruntukan RM935 juta bagi sektor pelancongan dan kebudayaan bersempena lanjutan kempen Tahun Melawat Malaysia 2027, termasuk insentif untuk merancakkan aktiviti pelancongan dan memperkukuh kesalinghubungan antarabangsa.

Image from: Belanjawan 2027 ringankan beban pembeli rumah pertama – M K Land

Menurut beliau, peluasan skop geran padanan yang merangkumi penerbangan antarabangsa,
kapal persiaran, feri dan bas persiaran merupakan langkah positif, khususnya dalam
meningkatkan kemudahan akses ke destinasi pelancongan utama negara.

“Pertumbuhan sektor pelancongan bukan sekadar bergantung kepada usaha menarik lebih
ramai pengunjung, tetapi juga memastikan perjalanan mereka ke sesuatu destinasi serta
pergerakan sepanjang berada di sana lebih mudah dan selesa.

“Kami amat mengalu-alukan langkah khusus untuk meningkatkan daya tarikan Langkawi,
termasuk kenaikan had pembelian barangan bebas cukai kepada RM10,000, tertakluk kepada
syarat tempoh penginapan minimum yang ditetapkan.

“Bersama usaha berterusan memperkukuh kesalinghubungan dan promosi pelancongan,
inisiatif ini berpotensi merancakkan semula destinasi pelancongan utama seperti Langkawi,
sekali gus membuka lebih banyak peluang ekonomi kepada pengusaha hotel, resort,
pengangkutan serta perniagaan tempatan,” katanya. -KOSMO! ONLINE

The post Belanjawan 2027 ringankan beban pembeli rumah pertama – M K Land appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved