Pembinaan Diarah Dihentikan Susulan Insiden Lori Simen Jatuh Tebing

LocalBusiness & Finance
8 Feb 2026 • 12:20 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

image is not available

Sebuah tapak pembinaan di Hospital Pulau Pinang diarahkan untuk menghentikan kerja-kerja pembinaan buat sementara waktu selepas kejadian lori pembancuh simen jatuh dari tebing yang berlaku di kawasan itu beberapa hari lalu.

Menurut Berita Harian, arahan itu telah diarahkan oleh pihak Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP).

Difahamkan, kejadian lori pembancuh simen jatuh dari tebing itu telah menyebabkan seorang mangsa iaitu pemandu lori tersebut maut di lokasi kejadian.

Kerja-kerja pembinaan itu diarahkan untuk dihentikan sementara sehingga siasatan dan laporan berhubung insiden itu selesai.

image is not available

Insiden itu berlaku dipercayai akibat lori simen berkenaan yang hilang keseimbangan ketika kerja-kerja pembinaan sedang dijalankan.

Lori tersebut kemudiannya telah terjatuh ke dalam kawasan tapak tersebut.

Untuk makluman semua, kawasan kejadian itu merupakan tapak pembinaan bagi Klinik Pakar dan Wad Hospital Pulau Pinang.

Sumber: Berita Harian

Sumber: Facebook MBPP

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.