Pembinaan LCS tidak boleh tertangguh lagi

LocalPolitics
11 Oct 2026 • 3:03 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Pembinaan LCS tidak boleh tertangguh lagi

KOTA TINGGI – Pembinaan Kapal Tempur Pesisir (LCS) tidak boleh terus tertangguh hanya kerana desakan supaya Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) ditubuhkan bagi menyiasat isu kelewatan projek berkenaan.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled berkata, isu salah guna kuasa berkaitan projek itu sudah dibawa ke mahkamah.

Justeru, katanya, siasatan dan desakan penubuhan RCI tidak sepatutnya menjadi alasan untuk melengahkan pembinaan kapal berkenaan.

“Kalau kita masih ingat, bukankah bekas Panglima Tentera Laut yang menjadi Pengerusi Boustead Naval Shipyard sudah dihadapkan ke mahkamah?

“Jadi, apa lagi yang mereka mahu? Soal kapal LCS ini siap atau tidak bukan bergantung kepada Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC). Itu perkara berbeza.

“Jika perkara itu terus dijadikan alasan, kapal ini tidak akan siap. Sebab itu kita minta pembuat kapal menyegerakan kerja dan memastikan tiada lagi kelewatan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada Program Tuaian Pertama Halia KayTi JanaVeteran dan Pelancaran JanaKomuniti di Felda Air Tawar 3, di sini hari ini.

Beliau mengulas gesaan beberapa pihak supaya kerajaan menubuhkan RCI bagi menyiasat kelewatan projek LCS yang berlarutan sejak beberapa tahun lalu.-KOSMO! ONLINE

The post Pembinaan LCS tidak boleh tertangguh lagi appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved