Nicky Liow Bebas 26 Pertuduhan Pengubahan Wang Haram, Selesai Tunggakan Cukai LHDN RM400,000

LocalPolitics
30 Jul 2026 • 10:46 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

nicky liow

Ahli perniagaan, Nicky Liow atau nama sebenarnya Liow Soon Hee, kini bebas sepenuhnya daripada 26 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan lebih RM36 juta, selepas pihak pendakwaan menarik balik kes berkenaan tiga tahun lalu.

Menurut peguamnya, Datuk Rajpal Singh, keputusan itu dibuat selepas pihaknya mengemukakan surat representasi kepada Jabatan Peguam Negara (AGC).

Katanya lagi, Nicky turut menyelesaikan tunggakan cukai sebanyak RM400,000 kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) bagi pertuduhan berkaitan Borang Nyata Cukai bawah Akta Cukai Pendapatan.

“Kami mengemukakan surat representasi kepada AGC dan mereka menerimanya. Beliau telah dibebaskan pada 15 Jun 2023,” katanya.

Didakwa terbabit pengubahan wang haram lebih RM36 juta

Mengikut pertuduhan sebelum ini, Nicky yang merupakan pengarah sebuah syarikat didakwa terbabit dalam aktiviti pengubahan wang haram serta memiliki wang yang dipercayai hasil daripada aktiviti haram di beberapa lokasi sekitar Lembah Klang antara tahun 2016 hingga 2021.

Kes itu difailkan mengikut Seksyen 4(1)(a) dan 4(1)(b) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA).

Pada April 2021, Nicky turut didakwa sebagai anggota kumpulan jenayah terancang secara in absentia (tanpa kehadiran) kerana ketika itu masih menjadi buruan polis.

Namun, beliau menyerah diri secara sukarela kepada polis pada 11 April 2022, sebelum didakwa sehari kemudian atas 26 pertuduhan pengubahan wang haram.

Artikel berkaitan: Terbongkar! ‘Datuk Seri’ Disyaki Salah Seorang Ahli Kongsi Gelap Dengan 10 Rekod Jenayah

Artikel berkaitan: 7 Perkara Yang Anda Perlu Tahu Tentang ‘Datuk Seri’ Belasah RELA

Untuk rekod, Nicky yang juga pengasas Winner Dynasty Group pernah menjadi buruan polis susulan siasatan sindiket Macau Scam selepas Op Pelican 3.0 dijalankan pada Mac 2021.

Malah, pada April tahun sama, Istana Pahang turut menarik balik Darjah Kebesaran Sri Sultan Ahmad Shah Pahang (SSAP) yang membawa gelaran Datuk Seri yang pernah dikurniakan kepadanya.

Baru-baru ini, nama Nicky kembali menjadi perhatian apabila gambarnya memakai baju PKR bersama Presiden parti itu yang juga Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, tular di media sosial sehingga mencetuskan pelbagai spekulasi.

Bagaimanapun, Setiausaha Agung PKR, Datuk Dr Fuziah Salleh menegaskan tiada rekod menunjukkan Nicky pernah memohon atau menjadi ahli parti itu.

Nicky kemudiannya menjelaskan bahawa baju yang dipakainya itu dibeli ketika menghadiri satu program kebajikan dan tidak membawa sebarang maksud bahawa beliau mempunyai kaitan atau keahlian dengan parti tersebut.

Sumber: Berita Harian

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved