Pemegang saham kekalkan Pengerusi Sancy, Shahril Shamsuddin sebagai anggota Lembaga Pengarah

LocalBusiness & Finance
23 Sep 2026 • 5:45 PM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

Pemegang saham kekalkan Pengerusi Sancy, Shahril Shamsuddin sebagai anggota Lembaga Pengarah Image from: Pemegang saham kekalkan Pengerusi Sancy, Shahril Shamsuddin sebagai anggota Lembaga Pengarah amree23/09/2026 - 17:45 Oleh AMREE AHMAD amree@dagangnews.com

KUALA LUMPUR 23 Sept — Pemegang saham Sancy Berhad meluluskan pelantikan semula Tan Sri Shahril Shamsuddin sebagai anggota Lembaga Pengarah dalam Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) keempat kumpulan itu di Petaling Jaya, Selangor pada 23 September 2026.

 

Usul Biasa 2 bagi melantik semula beliau yang bersara mengikut Klausa 76(4) Perlembagaan Syarikat diluluskan apabila 13 pemegang saham mewakili 96.84% undi membabitkan 615.72 juta saham menyokong berbanding hanya seorang dengan 20.1 juta saham yang menentang.

 

Sebelum menyertai Sancy pada 2022, Shahril mempunyai pengalaman panjang dalam sektor minyak dan gas (O&G) menerusi Sapura Energy Berhad, apabila beliau berkhidmat sebagai Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) sehingga bersara pada 22 Mac 2021.

 

Menurut rekod Sapura Energy, Shahril sebelum ini menerajui perkembangan kumpulan daripada sebuah kontraktor domestik kepada syarikat perkhidmatan dan rumusan tenaga bersepadu yang mempunyai operasi merentasi rantaian nilai segmen huluan.

 

Shahril turut mempunyai kaitan korporat dengan Sancy sejak sebelum penyenaraian syarikat itu di Pasaran LEAP Bursa Malaysia, apabila beliau menjadi pelabur strategik dan kemudiannya dilantik sebagai Pengerusi Bukan Eksekutif kumpulan itu sejak 2023.

 

Sancy_DagangNews2026

 

Dalam AGM keempat kumpulan itu, empat lagi resolusi turut diluluskan oleh pemegang saham, termasuk bayaran fi dan manfaat pengarah sehingga RM20,000 bagi tempoh sehingga AGM berikutnya serta pelantikan semula PCCO PLT sebagai juruaudit syarikat.

 

Usul berkaitan kuasa untuk memperuntukkan dan menerbitkan saham syarikat mengikut Seksyen 75 dan 76 Akta Syarikat 2016 turut diluluskan dengan kira-kira 96.84% undi, melibatkan 615.72 juta saham menyokong berbanding 20.10 juta saham menentang.

 

Tambah kumpulan berkenaan, resolusi kelima berkaitan kuasa menerbitkan saham mengikut Seksyen 75 dan 76 Akta Syarikat 2016 kepada pihak berkepentingan, turut dipersetujui majoriti pemegang saham dengan menerima sebanyak 96.84% undi sokongan.

 

Sancy merupakan penyedia rumusan digital penjagaan kesihatan yang menawarkan teknologi maklumat, integrasi sistem serta penyelesaian pengurusan maklumat untuk penyedia perkhidmatan kesihatan, dengan sahamnya disenaraikan di Pasaran LEAP Bursa Malaysia.

 

Kesemua resolusi dalam AGM berkenaan diputuskan menerusi kaedah secara pengundian dan keputusan disahkan oleh SS E Solutions Sdn Bhd yang dilantik sebagai pentadbir pengundian oleh Sancy. - DagangNews.com

Terkini featured standard
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved