Pemenang PNAGS 2026 intai kejuaraan dunia 

30 Sep 2026 • 10:51 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Pemenang PNAGS 2026 intai kejuaraan dunia 

RAWANG – Pasukan golf Melaka diketuai Mohd. Firdaus Sabri dinobatkan sebagai juara Perodua National Amateur Golf Series (PNAGS) 2026 National Final sekali gus mewakili negara untuk berentap dalam kejohanan dunia di Desaru Coast, Johor Oktober ini.

Mereka mencatat jumlah bersih gabungan dua hari sebanyak 590 meninggalkan Pulau Pinang (598) dan Pahang (603). Kejohanan itu diadakan di Kelab Golf Templer Park yang menghimpunkan 84 pemain semalam.

Lima lagi pasukan yang memenangi Kategori Medal A hingga E turut mengiringi mereka ke kejohanan World Amateur Golfers Championship (WAGC) World Final 2026 yang akan berlangsung selama sembilan hari bermula 23 Oktober.

Kejohanan antarabangsa itu dijangka menghimpunkan 500 pemain golf dari 48 negara seluruh dunia, sekali gus memperkukuh kedudukan Malaysia sebagai destinasi pelancongan sukan dan golf.

PNAGS National Final sekali lagi membuktikan kekuatan dan kedalaman bakat golf amatur Malaysia, selain menyediakan laluan kepada pemain golf tempatan untuk bersaing di pentas antarabangsa.

Dalam Kategori Gross, Nordin Yahya menampilkan aksi cemerlang untuk muncul juara dengan catatan keseluruhan dua hari sebanyak 153 pukulan.

Nuralif Mohd Zahari muncul Juara Medal A dengan catatan keseluruhan bersih dua pusingan sebanyak 149.

Dalam Medal C, Azhari Yusof meraih gelaran dengan catatan bersih dua pusingan sebanyak 146.

Cheah Chin Lye pula muncul Juara Medal D dengan catatan bersih 153, manakala Ahmad Hakim Sabri melengkapkan barisan juara PNAGS 2026 selepas memenangi Medal E dengan catatan bersih cemerlang 142.

Pengerusi Perodua, Tan Sri Asmat Kamaludin berkata, PNAGS 2026 kini semakin kukuh sebagai antara siri kejohanan golf amatur kebangsaan utama negara.

“Dengan juara kebangsaan kini telah dinobatkan, perhatian beralih ke Desaru Coast, Johor, di mana Team Malaysia akan mencabar pemain golf amatur terbaik dunia pada WAGC World Final 2026 Oktober ini,” katanya.

Menurut Asmat, kejohanan itu menyediakan peluang kepada pemain golf Malaysia untuk bersaing pada tahap tertinggi, selain mempromosikan Malaysia sebagai destinasi bertaraf dunia bagi pelancongan golf dan sukan.

The post Pemenang PNAGS 2026 intai kejuaraan dunia  appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved