Pemerhati Bola Sepak Anggap Insiden Tak Jejas Imej Liga Malaysia Dikecam Peminat

Entertainment
7 May 2024 • 12:51 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Arena bola sepak tanah air digemparkan dengan tragedi malang melibatkan dua wakil kebangsaan selepas masing-masing mengalami kecederaan akibat serangan individu tidak dikenali baru-baru ini.

Bagaimanapun, pandangan Pensyarah Kanan Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi UiTM Shah Alam dan juga pemerhati bola sepak tempatan, Sadek Mustafa menganggap insiden yang berlaku ini tidak menjejaskan imej Liga Malaysia.

Kenyataan itu dikeluarkan menerusi laporan oleh wartawan Astro Arena itu Zulhelmi Zainal Azam.

“Ada isu lebih buruk berlaku di Amerika Selatan, pemerhati Sadek Mustafa anggap insiden Faisal dan Akhyar tak jejas imej Liga Malaysia keseluruhan, namun akui perlu dibendung sambil berpendapat perlawanan Sumbangsih perlu diteruskan kerana melibatkan seorang pemain.”

Kenyataan terbabit dilihat telah mengundang rasa kurang senang peminat bola sepak tanah air. Rata-rata mereka menganggap Sadek Mustafa kurang sensitif dengan isu yang berlaku ketika ini.

image is not availableimage is not availableimage is not available image is not available

Difahamkan, aksi Perlawanan Sumbangsih di antara Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Selangor di Stadium Sultan Ibrahim akan berlangsung pada Jumaat ini.

Terdahulu, Ketua Pegawai Eksekutif Liga Bolasepak Malaysia (MFL), Datuk Stuart Ramalingam juga memberikan kenyataan yang sama dan mengesahkan perlawanan pada Jumaat ini tetap berjalan seperti yang dijadualkan.

Sumber: X

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.