Pemilik gagal hubungi bot, tiga kru hilang di Langkawi

11 Nov 2026 • 12:54 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Pemilik gagal hubungi bot, tiga kru hilang di Langkawi

LANGKAWI – Maritim Malaysia (APMM) mengaktifkan operasi mencari dan menyelamat (carilamat) tiga orang kru vesel nelayan yang tenggelam di sini, petang semalam.

Timbalan Pengarah Operasi Maritim Negeri Kedah dan Perlis, Kepten Maritim Mohamad Shukri Khotob berkata, Pusat Penyelaras Mencari dan Menyelamat Maritim (MRSC) Langkawi menerima maklumat awal sebuah vesel dipercayai tenggelam di perairan Kuala Teriang, di sini, pada pukul 4.35 petang semalam.

Katanya, pemilik vesel dilaporkan gagal menghubungi bot miliknya tersebut sebelum membuat laporan kepada pihak berkuasa.

Seorang kru, Basri Mohd. Nor, 47, berjaya diselamatkan oleh sebuah vesel nelayan tempatan yang berada berhampiran lokasi kejadian dan dipindahkan ke Bot Penyelamat 5 Maritim Malaysia yang sedang melaksanakan operasi di sektor berkenaan.

“Bagaimanapun, tiga lagi kru termasuk tekong vesel, Kee Swee Kiat, 51, masih belum ditemukan dan operasi pencarian diteruskan bagi mengesan kesemua mangsa yang masih hilang,” katanya di sini, hari ini.

Menurutnya lagi, operasi carilamat disambung semula pada pukul 7.30 pagi tadi melibatkan KM Sugut dan Bot Kilat 6 Maritim Malaysia dan bot PLC 5 milik Pasukan Polis Marim (PPM). – KOSMO! ONLINE

The post Pemilik gagal hubungi bot, tiga kru hilang di Langkawi appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved