Pemilik Google Pixel 10 Melaporkan Isu Skrin

LocalTechnology
2 Sep 2025 • 1:50 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Google Pixel 10 baru sahaja dilancarkan dua minggu lalu dengan pratempahan telahpun dibuka di Malaysia. Tetapi di beberapa pasaran lain dunia, peranti sudah boleh dibeli dengan sebilangan kecil pembeli awal melaporkan isu pada skrin.

image is not available
Gambar oleh Ok_Economist_3997

Skrin Pixel hanya memaparkan garisan dengan warna pelik dan bukannya antaramuka Android seperti sepatutnya. Pemilik berkata isu dikesan sejurus selepas peranti baru sahaja digunakan dengan ia tidak berlaku selepas ia terjatuh. Lebih aneh ialah peranti masih berfungsi cuma skrin tidak boleh dibaca. Isu ini juga berlaku rawak dengan skrin akan kemudiannya kembali menjadi normal.

Muncul spekulasi ini ialah isu berkaitan dengan perisian pemandu pada Pixel 10 kerana ia bukan disebabkan kerosakan pada skrin. Jumlah pengguna yang melaporkan isu ini masih kecil dan Google belum mengeluarkan kenyataan rasmi mengenainya.