Pemilik hotel dibaham buaya, enam pasang kasut dalam perut haiwan timbul kejutan

WorldEnvironment
7 May 2026 • 11:14 AM MYT
The Reporter
The Reporter

Malay site offers reporting updates and viral community news from Malaysia

Buaya yang dikenalpasti membaham pemilik hotel.

Seorang pemilik hotel, Gabriel Batista, 59, maut dalam insiden tragik dipercayai dibaham seekor buaya di Sungai Komati berhampiran Komatipoort, Mpumalanga, Afrika Selatan pada Isnin.

Kejadian berlaku apabila mangsa cuba merentasi sebuah jambatan rendah yang dinaiki air akibat banjir. Namun, kenderaan pacuan empat rodanya dihanyutkan arus sungai yang deras.

Mangsa kemudian dipercayai keluar dari kenderaan untuk menyelamatkan diri, tetapi gagal dan dihanyutkan lebih jauh ke dalam sungai.

Operasi mencari dan menyelamat segera dijalankan oleh pasukan polis bersama renjer hidupan liar di kawasan terbabit yang turut dikenali sebagai habitat buaya liar.

Seekor buaya besar kemudian dikenal pasti dan ditembak mati selepas disyaki membaham mangsa. Hasil bedah siasat terhadap reptilia itu menemukan sisa tubuh manusia di dalam perutnya.

Ujian DNA mengesahkan bahawa sisa berkenaan milik Gabriel Batista, manakala siasatan lanjut masih diteruskan pihak berkuasa bagi meneliti kemungkinan insiden lain di kawasan sungai tersebut.

Tiada satu pun kasut yang ditemui milik mangsa, menimbulkan kebimbangan bahawa buaya itu mungkin pemangsa berulang yang telah membaham beberapa mangsa lemas di sungai tersebut.

Baca juga:

Pakar hidupan liar menjelaskan bahawa buaya tidak boleh mencerna plastik, justeru penemuan kasut seperti selipar, sandal, kasut sukan Nike dan kasut tumit tinggi adalah tidak mengejutkan.

Ujian DNA mengesahkan bahawa sisa berkenaan milik Gabriel Batista, manakala siasatan lanjut masih diteruskan pihak berkuasa bagi meneliti kemungkinan insiden lain di kawasan sungai tersebut.

Buaya Nil merupakan antara pemangsa paling berbahaya di Afrika, dengan kekuatan gigitan yang sangat kuat dan mampu membunuh manusia serta haiwan besar. Ia boleh membesar sehingga 20 kaki panjang dan menyerang mangsa yang tidak berdaya di air.

Sumber: Dailymail

The post Pemilik hotel dibaham buaya, enam pasang kasut dalam perut haiwan timbul kejutan appeared first on The Reporter.

View Original Article