Pemilik ikan hiasan asing ingkar boleh didenda RM100,000

23 Sep 2026 • 7:43 AM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Pemilik ikan hiasan asing ingkar boleh didenda RM100,000

BALIK PULAU: Pemilik atau pihak yang menyimpan ikan hiasan asing yang dilarang tanpa kelulusan Jabatan Perikanan (DOF) boleh dikenakan denda sehingga RM100,000 me­ngikut Akta Perikanan 1985.

Ketua Pengarah DOF, Datuk Adnan Hussain berkata, tindakan lebih tegas akan diambil terhadap mana-mana pi­hak yang masih berdegil menjual atau menyimpan spesies ikan larangan termasuk menerusi platform dalam talian.

“Dari semasa ke semasa kita akan terus melakukan pemeriksaan di premis-premis ikan hiasan untuk tindakan susulan selain memaklumkan kepada pemilik yang berkenaan bahawa kita mempunyai senarai ikan-ikan larangan yang tidak dibenarkan disimpan atau dipelihara tanpa kelulusan DOF.

“Jadi, kita akan teruskan pengawasan ini di premis-premis ikan hiasan di seluruh negara,” katanya selepas merasmikan Pusat Pendidikan Marin di Hotel Angsana, Teluk Bahang, semalam.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas tindakan terhadap premis yang menjual ikan hiasan asing termasuk ikan piranha menerusi platform dalam talian dan premis menjual ikan hiasan.

Menurut Adnan, DOF juga akan mengadakan perbincangan lanjut de­ngan pengendali platform dalam talian bagi memastikan penjualan spesies ikan larangan dapat dibendung.

“Kita sebelum ini sudah adakan perbinca­ngan awal dengan penyedia platform berkaitan ikan hiasan, namun nampaknya kita perlu berjumpa sekali lagi kerana masih ada ikan-ikan la­rangan yang dijual secara dalam talian.

“Kita akan berjumpa dengan mereka untuk memaklumkan bahawa bagi spesies larangan, ia memerlukan kelulusan khas daripada Jabatan Perikanan,” katanya.- UTUSAN

The post Pemilik ikan hiasan asing ingkar boleh didenda RM100,000 appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved