Pemilik Rocky Sudah Bersuara, Kini Giliran Pihak Shah Tampil Dalam Sidang Media #Justice4Shah

12 Aug 2026 • 3:00 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

Kontroversi membabitkan kematian seekor anjing bernama Rocky terus mendapat perhatian apabila satu sidang media bertemakan #Justice4Shah bakal diadakan bagi memberi penjelasan berhubung dakwaan terhadap seorang petugas Majlis Bandaraya Diraja Klang (MBDK) yang dikenali sebagai Shah.

Menerusi hantaran di media sosial, pendakwah Firdaus Wong Wai Hung memaklumkan sidang media tersebut dijadualkan berlangsung pada Khamis, 13 Ogos 2026, jam 11.30 pagi di Jom Claypot, Bukit Jelutong, dengan pengamal media dan aktivis turut dijemput hadir.

Advertisement
View this post on Instagram

Menurut laporan, Shah dikatakan telah menghubungi Firdaus beberapa hari lalu bagi mendapatkan bantuan selepas mendakwa dirinya menjadi sasaran pelbagai tuduhan, fitnah dan ancaman susulan insiden melibatkan Rocky. Firdaus turut memaklumkan pihaknya sedang mengumpulkan bukti dan mempertimbangkan tindakan terhadap individu yang didakwa memfitnah Shah di media sosial.

Pemilik Rocky Sebelum Ini Turut Adakan Sidang Media

Sebelum pengumuman sidang media #Justice4Shah, pemilik Rocky, Roghini Devi, terlebih dahulu tampil dalam sidang media Justice For Rocky pada 5 Ogos lalu untuk berkongsi versinya mengenai kejadian tersebut.

Roghini mendakwa Rocky berada dalam jerutan ketika dia pulang ke rumah pada malam kejadian. Dia juga mengakui anjing tersebut tidak mempunyai lesen, namun mendakwa telah beberapa kali meminta supaya jerutan berkenaan dilepaskan dan menyatakan kesediaannya untuk menyerahkan Rocky kepada pihak berkuasa.

“Saya Mengaku Rocky Tiada Lesen Tapi…..” – Pemilik Anjing Mohon Siasatan Telus, Dakwa Ada Merayu Jerutan Dilepaskan

Insiden itu berlaku pada 29 Julai ketika operasi menangkap anjing liar di Taman Teluk Gedung Indah, Pelabuhan Klang sebelum rakaman kejadian tersebar di media sosial dan mencetuskan perhatian ramai.

Pemilik Rocky berkata dia mahu siasatan dilakukan secara telus dan menyerahkan perkara tersebut kepada Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) serta Polis Diraja Malaysia (PDRM). Kertas siasatan berhubung kematian Rocky juga dilaporkan telah dirujuk kepada pihak Timbalan Pendakwa Raya.

Sidang media #Justice4Shah yang bakal berlangsung pada Khamis ini dijangka memberi ruang kepada pihak Shah untuk menjelaskan dakwaan yang dilemparkan terhadapnya serta berkongsi perkembangan berkaitan kontroversi kematian Rocky.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Image from: Pemilik Rocky Sudah Bersuara, Kini Giliran Pihak Shah Tampil Dalam Sidang Media #Justice4Shah2026-08-06 14:37:22

"Saya Mengaku Rocky Tiada Lesen Tapi....." - Pemilik Anjing Mohon Siasatan Telus, Dakwa Ada Merayu Jerutan Dilepaskan

 

The post Pemilik Rocky Sudah Bersuara, Kini Giliran Pihak Shah Tampil Dalam Sidang Media #Justice4Shah first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved