“Saya Mengaku Rocky Tiada Lesen Tapi…..” – Pemilik Anjing Mohon Siasatan Telus, Dakwa Ada Merayu Jerutan Dilepaskan

6 Aug 2026 • 2:37 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

Isu kematian seekor anjing peliharaan dikenali sebagai Rocky ketika operasi tangkapan oleh pihak berkuasa tempatan (PBT) di Pelabuhan Klang terus menjadi perhatian ramai apabila pemiliknya tampil memberikan penjelasan mengenai kejadian tersebut.

Menerusi satu sidang media yang diadakan di Rogue@Bukit Gasing, Petaling Jaya pada 5 Ogos lalu, pemilik Rocky, Rohini Devi berharap siasatan yang sedang dijalankan dapat dilakukan secara telus bagi merungkai punca sebenar insiden berkenaan.

Advertisement

rocky

Menurut Rohini, dia memilih untuk tidak mengulas lanjut di luar proses siasatan dan menyerahkan sepenuhnya kepada Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) serta Polis Diraja Malaysia (PDRM).

“Saya tidak mahu pergi ke sana sini. Saya tunggu laporan DVS. Bila laporan itu keluar, saya harap keadilan dapat diberikan kepada Rocky.”

Dalam masa sama, Rohini turut berkongsi kronologi kejadian dari pihaknya. Katanya, dia bergegas pulang ke rumah selepas dimaklumkan oleh orang ramai bahawa Rocky telah ditangkap.

Sebaik tiba di lokasi, dia mendakwa melihat anjing peliharaannya sedang dijerut sebelum cuba mendapatkan semula haiwan itu.

Image from: “Saya Mengaku Rocky Tiada Lesen Tapi…..” – Pemilik Anjing Mohon Siasatan Telus, Dakwa Ada Merayu Jerutan Dilepaskan Image from: “Saya Mengaku Rocky Tiada Lesen Tapi…..” – Pemilik Anjing Mohon Siasatan Telus, Dakwa Ada Merayu Jerutan Dilepaskan

Rohini berkata, dia sudah berkali-kali memaklumkan kepada individu yang berada di lokasi bahawa Rocky mempunyai pemilik dan sanggup menyerahkan sendiri anjing tersebut kepada pihak berkuasa.

“Saya kata kalau mahu ambil Rocky, saya sendiri boleh bawa dia. Saya mengaku Rocky tiada lesen, tetapi saya merayu banyak kali supaya mereka lepaskan jerutan itu.”

Menurutnya lagi, rayuan tersebut didakwa tidak diendahkan. Malah, dia turut cuba memotong tali jerutan menggunakan pisau selepas meminta anaknya mengambil gunting, namun gagal kerana tali itu terlalu keras.

Rohini mendakwa beberapa minit kemudian pegawai Majlis Bandaraya Diraja Klang (MBDK) tiba di lokasi. Bagaimanapun, ketika jerutan dibuka, Rocky dilaporkan sudah tidak bernyawa.

Kontroversi Kematian Anjing Liar ‘Rocky’, Majlis Bandaraya Diraja Klang Beri Penjelasan – “Ia Mengikut Undang-Undang”

Beliau berharap hasil siasatan nanti dapat memberikan gambaran sebenar mengenai apa yang berlaku serta memastikan keadilan diberikan.

Sebelum ini, Datuk Bandar Majlis Bandaraya Diraja Klang (MBDK), Datuk Abd Hamid Hussain memaklumkan tiada pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) berlaku ketika operasi menangkap anjing liar yang mengakibatkan kematian Rocky. – SINAR HARIAN

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

anjing rocky2026-08-01 11:20:58

Kontroversi Kematian Anjing Liar 'Rocky', Majlis Bandaraya Diraja Klang Beri Penjelasan - "Ia Mengikut Undang-Undang"

The post “Saya Mengaku Rocky Tiada Lesen Tapi…..” – Pemilik Anjing Mohon Siasatan Telus, Dakwa Ada Merayu Jerutan Dilepaskan first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved