
SHAH ALAM — Mantan bilal Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Ustaz Haji Abu Bakar Sairi dilaporkan meninggal dunia pada usia 72 tahun.
Allahyarham menghembuskan nafas terakhir di kediamannya di Shah Alam selepas bertarung dengan kanser hati sejak tahun lalu.
Perkhabaran duka itu dikongsikan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Zulkifli Hasan menerusi hantaran di Facebook.
“Saya merakamkan ucapan takziah atas pemergian bekas bilal Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Almarhum Ustaz Haji Abu Bakar Sairi.
“Almarhum meninggal dunia pada usia 72 tahun di kediamannya di Shah Alam selepas bertarung dengan kanser hati sejak tahun lalu.
“Moga roh Almarhum ditempatkan dalam kalangan orang beriman dan beramal soleh,” katanya.
Suara Azan Yang Dikenali Ramai
Untuk makluman, Allahyarham merupakan individu di sebalik alunan azan yang sering berkumandang di televisyen setiap kali masuk waktu solat.
Suara beliau yang merdu dan tenang menjadi antara suara azan yang cukup sinonim serta dekat di hati masyarakat Malaysia sejak sekian lama.
Pemergian beliau pastinya satu kehilangan besar, khususnya dalam kalangan komuniti masjid dan dunia penyiaran Islam di negara ini.
Semoga roh Allahyarham ditempatkan dalam kalangan orang beriman. Al-Fatihah. – The Malaysian Update
The post Pemilik Suara Azan Ikonik TV, Ustaz Abu Bakar Sairi Meninggal Dunia appeared first on The Malaysian Update.



