SPRM reman pemilik syarikat, ejen bantu siasatan dokumen palsu JPJ

LocalPolitics
15 Sep 2026 • 12:45 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: SPRM reman pemilik syarikat, ejen bantu siasatan dokumen palsu JPJ
Kedua-dua lelaki berusia lingkungan 30 hingga hingga 40-an itu tiba di mahkamah kira-kira jam 10 pagi dengan diiringi pegawai SPRM.

IPOH - Seorang pemilik syarikat dan seorang ejen direman tujuh hari oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan kes mengemukakan dokumen palsu berkaitan urusan kenderaan di Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Perintah reman itu dikeluarkan Majistret Evangelin Simon Silvaraj di Mahkamah Majistret Ipoh bermula Selasa.

Terdahulu, kedua-dua lelaki berusia lingkungan 30 hingga 40-an itu tiba di mahkamah kira-kira jam 10 pagi dengan diiringi pegawai SPRM.

Menurut sumber, mereka disyaki bersubahat mengemukakan dokumen perakuan serta butiran palsu bagi membolehkan proses pendaftaran dan pertukaran hak milik nombor kenderaan dilakukan secara tidak sah tanpa mengikut prosedur ditetapkan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009.

Pada 9 September lalu, SPRM menahan reman enam anggota JPJ bersama lima ejen bagi membantu siasatan berhubung dakwaan mengemukakan dokumen palsu dalam urusan pertukaran hak milik kenderaan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved