“Pemimpin masa depan tidak lahir secara kebetulan, mereka perlu dibentuk” -Hannah Yeoh

LocalPolitics
5 Aug 2026 • 9:48 AM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Hannah Yeoh menegaskan bahawa usaha melahirkan pemimpin masa depan perlu dibentuk sejak usia muda menerusi nilai disiplin, integriti dan semangat berkhidmat kepada masyarakat.

Jawatan bukan sekadar penghormatan

Kenyataan itu dibuat dalam satu kenyataan di Facebook apabila berkongsi momen sewaktu dimasyhurkan sebagai Presiden Majlis Pengakap Negeri Wilayah Persekutuan, yang disifatkannya sebagai satu amanah besar.

“Jawatan ini bukan sekadar satu penghormatan. Ia satu amanah,” ujarnya.

Salur peruntukan sebanyak RM20,000

Dalam majlis sama sebelum ini, Hannah turut mengucapkan tahniah kepada 58 penerima Sijil Pengakap Raja Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 2026 serta semua penerima Sijil Kepujian Ketua Pengakap Negara dan Sijil Wangsa Wilayah.

Menurut beliau, pencapaian tersebut mencerminkan ketekunan, disiplin dan semangat khidmat yang diperlukan untuk menjadi seorang pemimpin.

Bagi memperkukuh pembangunan golongan muda, Hannah mengumumkan peruntukan sebanyak RM20,000 kepada Persekutuan Pengakap Malaysia Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Image from: “Pemimpin masa depan tidak lahir secara kebetulan, mereka perlu dibentuk” -Hannah Yeoh

Pemimpin masa depan tak lahir secara kebetulan

Dana itu bertujuan merancakkan program cuti sekolah selain membuka lebih banyak peluang penyertaan kepada anak muda, khususnya daripada keluarga kurang berkemampuan.

Mengakhiri kenyataannya, Hannah menegaskan pembentukan kepimpinan tidak berlaku secara sendiri, sebaliknya memerlukan usaha berterusan daripada semua pihak.

“Pemimpin masa depan tidak lahir secara kebetulan. Mereka perlu dibentuk,” katanya.

Image from: “Pemimpin masa depan tidak lahir secara kebetulan, mereka perlu dibentuk” -Hannah Yeoh

Sumber: Facebook Hannah Yeoh

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved