Timbalan Perdana Menteri Fadillah Yusof Bakal Jalani Pembedahan Pintasan Jantung

LocalHealth & Fitness
3 Aug 2026 • 11:46 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

Menurut satu hantaran di Facebook rasmi YAB Datuk Amar Fadillah Yusof, Timbalan Perdana Menteri itu dijadualkan menjalani pembedahan pintasan jantung di Institut Jantung Negara (IJN) dalam masa terdekat seperti yang dinasihatkan oleh pasukan pakar perubatan.

Kenyataan Rasmi

Advertisement

Menerusi kenyataan yang dikeluarkan Pejabat Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA), keadaan beliau dilaporkan stabil, namun dinasihatkan untuk berehat sepenuhnya serta tidak menerima pelawat bagi memastikan proses rawatan dan pemulihan berjalan lancar.

Pihak keluarga turut memohon agar orang ramai sama-sama mendoakan agar urusan pembedahan dan rawatan beliau dipermudahkan, dikurniakan kesembuhan serta dapat kembali bertugas seperti biasa.

fadillahyusof

Dalam hantaran yang dimuat naik di Facebook, Fadillah Yusof turut menzahirkan penghargaan atas setiap doa dan kata-kata semangat yang diterima daripada orang ramai.

“Terima kasih atas ucapan, kata-kata semangat dan doa semua. Saya dan keluarga amat menghargainya.”

Beliau turut menitipkan doa agar semua sentiasa berada dalam rahmat dan perlindungan Allah SWT.

“Semoga kita semua sentiasa dalam rahmat perlindungan Allah SWT… Aamiin.”

 

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

 

Image from: Timbalan Perdana Menteri Fadillah Yusof Bakal Jalani Pembedahan Pintasan Jantung2026-08-02 10:55:40

Aktivis Belia Dakwa Anggota PBT Ikut SOP, Gesa Orang Ramai Semak Fakta Sebelum Menuduh - "Jangan Hanya Lantang Di Media Sosial"

The post Timbalan Perdana Menteri Fadillah Yusof Bakal Jalani Pembedahan Pintasan Jantung first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved