Peminat ‘cemburu’ lihat kekasih Jojo Ghazali tolong cabut benang jahit di kepala

EntertainmentSports
2 Feb 2025 • 4:39 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

image is not available
kekasih Jojo Ghazali

Peminat ‘cemburu’ melihat kekasih Jojo Ghazali tolong cabut benang jahit di kepala apabila jaguh Muay Thai berkenaan berkongsi momen sweet tersebut di media sosial.

Menerusi muat naik yang dibuat Muhamad Johan Ghazali Zulfikar, 18 di TikTok dia telah berkongsi rakaman sewaktu kekasihnya mencabut benang jahit di dahi kesan kecederaan sewaktu perlawanan One Champianship tempoh hari.

Kekasih Jojo Ghazali bantu buang benang

Dia juga meninggalkan kapsyen ringkas ‘date night’ beserta emoji tertawa di posting tersebut.

Dapat dilihat gadis terbabit membawa gunting kecil dan menanggalkan benang jahit di dahi Jojo sebelum menunjukkan sisa benang yang sidah dicabut.

image is not available

Kekasih Jojo Ghazali pakai baju sama waktu dating?

Dalam hantaran lain di Instagram, Jojo turut berkongsi gambar memakai baju dengan tulisan nama kekasihnya dan begitu juga sebaliknya.

Tulis atlet tersebut secara berseloroh, dia mahu berehat sebentar dan ingin menjadi seorang ‘kekasih’ buat seketika.

Instagram will load in the frontend.

Tolong respect sikit orang single

Perkongsian Jojo Ghazali itu telah menarik perhatian ramai sehingga video dimuat naik olehnya ditonton lebih dari satu juta viewers dalam masa sehari.

Kebanyakkan peminat akui ‘cemburu’ dengan pasangan tersebut dan mengatakan mereka berdua tidak menghormati golongan ‘single’ kerana menunjukkan momen kebersamaan keapada orang ramai.

image is not available

“Untunglah girlfriend doktor”

image is not available

Lepas ni mesti menang semua fight

image is not available

Sekadar info, Jojo Ghazali merupakan jaguh Muay Thai muda dari Malaysia yang beraksi di One Championship.

Dalam pertarungan terbaru, dia telah tewas kepada atlet dari Colombia, Johan Estupinan dalam pertarungan kategori flyweight ONE 170.

Sumber: TikTok johanghazali