
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Syarikat eletronik terkemuka, Xiaomi secara rasminya telah melancarkan Redmi Note 14 Pro 5G BamBam Limited Edition di Bangkok pada semalam (19 Jun).
Redmi Note 14 Pro 5G versi eksklusif ini tampil dengan warna baharu iaitu ‘sand gold’ yang menggabungkan gaya dan prestasi flagship dalam satu pakej memukau buat orang ramai terutamanya peminat K-pop.
Edisi terhad ini sebagai penghormatan kepada penyanyi Korea kelahiran Thailand, Bambam (Kunpimook Bhuwakul) yang juga duta rasmi jenama Redmi dan peluang terbaik buat peminat K-pop mahupun kaki pengumpul koleksi.

Beli telefon siap dapat tandatangan BamBam!
Redmi Note 14 Pro 5G BamBam Limited Edition ini menampilkan tandangan BamBam yang diukir elegan pada bahagian belakang dengan gabungan warna sand gold.
Menurut ahli kumpulan Got7 terbabit, warna sand gold yang menjadi pilihannya itu membawa maksud tuah.
Team BuzzKini yang hadir mengikuti majlis pelancaran peranti edisi terhad ini juga berpeluang untuk melihat secara lebih dekat peranti itu. Kami boleh katakan Redmi Note 14 Pro 5G BamBam Limited Edition sememangnya kelihatan sangat estetik, elegan dan boleh memukau mata sesiapa sahaja yang melihatnya.

Bukan sekadar cantik, tapi tahan lasak & kamera padu
Walaupun rekaan luaran yang memikat menjadi tarikan utama, smartphone ini juga dibina dengan struktur tahan lasak All-Star Armor Structure serta dilindungi oleh Corning Gorilla Glass Victus 2 serta lengkap dengan penarafan IP68 kalis air dan habuk.
Jadi tak perlu risau, korang boleh berjalan dalam hujan dengan penuh bergaya sambil pegang peranti edisi terhad ini.
Bukan hanya tahan lasak, smartphone ini juga memiliki sistem kamera AI profesional 200MP dengan penstabilan imej optikal (OIS) dan zum optikal sehingga 4x.
Fungsi menarik lain seperti Dynamic Shots, Dual Video Mode serta ciri AL seperti Image Expansion serta Erase Pro.
Smartphone edisi BamBam ini juga didatangkan dengan skrin AMOLED 6.67 inci beresolusi 1.5K, kecerahan maksimum sehingga 3,000 nits dan refresh rate 120Hz.
Tidak hanya itu, ia juga dikuasakan dengan cipset MediaTek Dimensity 7300-Ultra, pemproses octa-core ini menawarkan prestasi lancar untuk multi-tasking, permainan, serta penstriman kandungan.
Dipandankan dengan RAM12GB, Storan dalaman 256Gb dan bateri besar 5110mAh, edisi BamBam ini menjanjikan penggunaan sepanjang hari tanpa sebarang gangguan.
Baca Artikel Berkaitan: Xiaomi Lancar Siri Redmi Note 14, Peranti Flagship Pada Harga Mampu Milik
Harga hanya RM1,199, dapatkan segera!
Redmi Note 15 Pro 5G BamBam Limited Edition ini ditawarkan pada harga RM1,299 sahaja dan boleh didapati di pasaran Malaysia.
Apa yang lebih menarik, terdapat diskaun harga pengenalan sebanyak RM100 jika korang beli bermula 20 Jun ini sehingga 30 Jun.
Bagi yang berminat, korang boleh membelinya di kedai Xiaomi, mi.com serta platform rasmi Xiaomi di Shopee dan Lazada.
Kalau korang berminat, lebih baik ‘grab’ cepat sebab edisi ini hanya dijual untuk masa terhad je tau.
Ouh ya sebelum kami terlupa, selain Redmi Note 14 Pro 5G edisi BamBam, ada juga Redmi Note 14 berwarna ‘sand gold’, cuma yang ini tiada tandatangan BamBam.




