Peminat Lega, Rambut Perang Jennie BLACKPINK Rupanya Palsu

EntertainmentMusic
3 Oct 2024 • 12:29 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Baru-baru ini, ahli kumpulan BLACKPINK iaitu Jennie mengejutkan para peminatnya selepas tampil dengan imej baharu yang mana rambut penyanyi itu berwarna perang (blonde).

Walaupun ramai peminat menyukai imej baharu tersebut, namun tidak kurang juga yang meluahkan pendapat bahawa rambut perang itu tidak sesuai dengan penyanyi popular tersebut.

Rambut perang Jennie rupanya palsu

image is not available

Tidak cukup dengan itu, terdapat juga netizen yang mengkritik warna rambut tersebut membuatkan warna kulit Jennie kelihatan pudar disamping gaya solekannya yang kurang menarik.

Namun begitu, peminat Jennie menarik nafas lega selepas mengetahui bahawa rambut idola itu sebenarnya hanyalah rambut palsu dan dia tidak mewarnakannya perang.

Dalam pada itu, tular juga video di media sosial memaparkan Jennie mendedahkan dia memakai rambut palsu kepada rakan selebritinya.

image is not available

Pada video tersebut, rakan selebriti yang sedang mengambil foto bersama Jennie menyentuh rambut Jennie dan memujinya sebelum idola itu mendedahkan dia sedang memakai rambut palsu.

Menjengah ke ruangan komen video tersebut, rata-rata peminatnya meluahkan rasa berpuas hati selepas mengetahui rambut tersebut hanyalah rambut palsu.

Saya tahu itu palsu!

image is not available

Syukur!

image is not available

Nasiblah rambut palsu je, saya tak suka Jennie perang

image is not available

Nasib baik! Saya hampir2 sakit jantung!

image is not available

Dalam pada itu, terdapat juga beberapa foto tular memaparkan Jennie dilihat keluar dari hotelnya tanpa memakai rambut palsu berwarna perang itu, namun dia tampil dengan rambut warna hitam.

Apapun, warna perang atau warna hitam, Jennie tetap cantik!