Peminat MILO® Meriahkan MILO® Malaysia Breakfast Day 2026 Di Sabah

LocalHealth & Fitness
26 May 2026 • 6:30 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

Peminat MILO® Meriahkan MILO® Malaysia Breakfast Day 2026 Di Sabah

Peminat MILO® Meriahkan MILO® Malaysia Breakfast Day 2026 Di Sabah

MILO® Malaysia Breakfast Day 2026 melabuhkan tirainya dengan penuh meriah di Padang Merdeka, Sabah apabila berjaya menarik kira-kira 9,000 peminat MILO® untuk menikmati pagi penuh bertenaga sambil meraikan kepentingan sarapan berkhasiat dan gaya hidup aktif.

Dianjurkan oleh MILO® Malaysia bagi menggalakkan gaya hidup lebih sihat, acara ini terus menekankan kepentingan pengambilan sarapan berkhasiat serta memulakan hari dengan aktiviti fizikal, terutamanya dalam kalangan keluarga dan generasi muda Malaysia. Peserta daripada pelbagai peringkat umur dan latar belakang mula berkumpul seawal sebelum matahari terbit bagi memulakan larian santai sejauh 3 kilometer pada jam 6.30 pagi.

Image from: Peminat MILO® Meriahkan MILO® Malaysia Breakfast Day 2026 Di Sabah

Dato’ Sri Dr. Anil Sandhu, Pembantu Menteri Pembangunan Belia dan Kemajuan Sukan serta Industri Kreatif Sabah berkata, “Kami amat menghargai komitmen MILO® yang sekian lama menjadi rakan penting dalam menyokong pembangunan sukan komuniti tempatan di Sabah seperti Karnival Sukan Sekolah Pedalaman, MILO® Hidup Bola dan Rayzam Shah Athletic Club.

Hari ini, saya juga berbesar hati dapat bersama-sama melepaskan peserta MILO® Malaysia Breakfast Day 2026. Melihat begitu ramai keluarga hadir bersama-sama pagi ini benar-benar menyentuh hati. MILO® ialah minuman yang sangat dekat dengan masyarakat kita - ia memberikan tenaga dan baik untuk anak-anak serta komuniti kita.”

Datuk Sr. Lifred Wong, Ketua Pengarah Dewan Bandaraya Kota Kinabalu berkata, “MILO® sememangnya mempunyai tempat istimewa di hati rakyat Sabah, bukan sekadar minuman sarapan tetapi juga sebahagian daripada zaman membesar, pagi persekolahan dan memori yang dikongsi bersama merentas generasi."

"Kami amat mengalu-alukan penganjuran MILO® Malaysia Breakfast Day di Kota Kinabalu, Sabah. Program seperti ini pastinya menggalakkan rakyat Sabah daripada pelbagai peringkat umur untuk memulakan hari dengan cara yang betul dan mengamalkan gaya hidup aktif.”

Image from: Peminat MILO® Meriahkan MILO® Malaysia Breakfast Day 2026 Di Sabah

Di acara larian tersebut, beberapa peserta turut berkongsi kisah dan kenangan peribadi mereka bersama MILO®. “Kami seramai 30 orang, daripada ibu bapa hingga sepupu-sepupu saya, datang dengan penuh semangat dan bermalam di sini supaya dapat bangun awal untuk merasai sendiri semangat luar biasa acara larian ini bersama-sama. Kami sanggup menempuh perjalanan sejauh 40 kilometer dari Papar ke Kota Kinabalu untuk menyertai acara ini."

"Ia bukan sekadar tentang jarak, tetapi mengenai keluarga, kenangan dan kegembiraan dapat bersama-sama. MILO® sudah menjadi sebahagian daripada hidup saya sejak kecil, simbol tenaga dan memori indah yang sentiasa kekal di hati. Jadi, terima kasih MILO® kerana terus menginspirasikan gaya hidup sihat dan mencipta momen bermakna untuk keluarga seperti kami hargai sampai bila-bila,” kata Afiqah Daid, 24 tahun.

Image from: Peminat MILO® Meriahkan MILO® Malaysia Breakfast Day 2026 Di Sabah

“Bagi kami, usia bukan penghalang untuk terus aktif. Sejak tahun 2007, kami setia menyertai acara larian anjuran MILO® kerana pengalaman bermakna dan kenangan indah yang tercipta sepanjang perjalanan. Melihat masyarakat daripada pelbagai peringkat umur berkumpul dengan senyuman dan semangat positif sangat memberi inspirasi kepada kami."

"Kami berharap perjalanan kami juga dapat memberi semangat kepada orang lain, khususnya warga emas, untuk terus bergerak dan mengekalkan gaya hidup sihat dan aktif,” kata Annie Chung Sheu Keng, 57 tahun yang menyertai larian tersebut bersama suaminya serta Yong Yun Fah, 61 tahun.

Selain acara larian, para peminat MILO® turut menikmati pelbagai permainan mini, cabaran kecergasan dan aktiviti interaktif yang disediakan sepanjang acara berlangsung. Pelajar Universiti Malaysia Sabah (UMS), Siti Asfadilah Abdullah, 25 tahun, berkongsi bahawa penyertaannya bersama rakan-rakan dalam MILO® Malaysia Breakfast Day Fun Run buat kali pertama merupakan pengalaman yang sangat bermakna dan menyeronokkan.

“Kami memang gemar aktiviti yang dapat menyatukan semua orang dan MILO® Malaysia Breakfast Day bukan sekadar larian santai, tetapi dipenuhi tenaga, persahabatan dan aktiviti menarik untuk semua,” katanya.

Kemunculan trak ikonik MILO® turut mengimbau kembali kenangan zaman kanak-kanak ramai peserta yang suatu ketika dahulu ternanti-nanti ketibaan trak tersebut di sekolah. “Dulu kami sangat teruja sampai berlumba-lumba hanya untuk dapatkan minuman MILO® terlebih dahulu,” katanya sambil ketawa.

Image from: Peminat MILO® Meriahkan MILO® Malaysia Breakfast Day 2026 Di Sabah

Turut hadir bersama beliau ialah rakan-rakannya, Nurul Nabilah Nahrawi, Budisetiawan Julkarnain dan Tengku Afiq Tengku Khairul Faizi. Siti Asfadilah berkata mereka semua berharap dapat menyertai lebih banyak acara MILO® Malaysia Breakfast Day pada masa akan datang kerana ia merupakan sambutan yang penuh inspirasi terhadap persahabatan, kesihatan dan semangat komuniti.

MILO® Malaysia Breakfast Day akan meneruskan jelajahnya ke Kuala Terengganu (Terengganu), Kuching (Sarawak), Kuantan (Pahang) dan Kota Bharu (Kelantan) sebelum melabuhkan tirai dengan acara kemuncak di Putrajaya pada 12 Julai 2026.