Pemindahan Ginjal Dalam Keadaan Sedar Pertama Dunia Berjaya Dilakukan

WorldTechnologyDigitalSpace
1 Jul 2024 • 11:59 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Pemindahan organ memerlukan penerima diberikan anestetik umum supaya mereka tidak menyedari pembedahan yang biasanya mengambil masa yang lama. Tetapi terdapat sesetengah individu yang takut “ditidurkan” dan sebilangan kecil lagi tidak boleh menerima anestetik umum. Akibatnya golongan ini tidak boleh menerima organ yang didermakan bagi menyelamatkan nyawa mereka.

image is not available

Kumpulan doktor dari Northwestern Medicine di Amerika Syarikat berjaya mencatatkan sejarah apabila berjaya melakukan pemindahan ginjal pertama dengan pesakit dalam keadaan sedar pada bulan Mei lalu. Pesakit bernama John Nicholas hanya diberikan anestetik setempat menerusi tulang belakang yang sama seperti epidural yang diterima ibu-ibu yang ingin mengurangkan kesakitan ketika melahirkan anak. Berita pembedahan pertama dunia ini hanya diumumkan Northwestern bulan lalu.

Malah semasa pembedahan dilakukan, Nicholas dapat melihat ginjal baharu yang didermakan oleh rakam memasuki tubuh beliau. Lebih menakjubkan ialah beliau dibenarkan balik selepas hanya tinggal semalaman di hospital berbanding tiga hari jika menjalani prosedur konvensional.

Kejayaan Northwestern Medicine ini membuktikan pemindahan ginjal boleh dilakukan dengan selamat menggunakan anestetik setempat dan pesakit dalam keadaan sedar. Ia membuka pintu kepada pemindahan organ lain turut menggunakan prosedur yang sama sekaligus membolehkan mereka yang takut dibedah dalam keadaan tidak sedar menerima organ yang diperlukan.