Peniaga Kenakan Caj Tambahan 10 Sen Bagi Pengguna Kod QR, Beri Alasan Harga Diesel Naik

27 Jun 2024 • 7:16 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri (KPDN) telah meyerbu sebuah medan selera di Melaka selepas dikesan mengenakan caj tambahan 10 sen kepada pelanggan yang bayar menggunakan kod QR.

Menurut laporan Kosmo, Pengarah KPN negeri Melaka, Norena Jaafar berkata pihaknya telah melakukan serbuan selepas menerima aduan daripada pengguna.

Difahamkan pemilik kedai terbabit memberikan alasan tidak munasabah iaitu caj tersebut dikenakan kerana harga diesel naik dan juga menyalahkan pihak bank.

Peniaga berusia 50-an itu memberitahu pelanggan bahawa caj 10 sen dikenakan bagi bayaran bawah RM10, kalau bawah RM20 ia menjadi 20 sen dan ia adalah tetapan dibuat oleh pihak bank bagi penggunaan perkhidmatan e-dompet.

Memang peniaga ini melakukan kesalahan ini secara terang-terangan, ada unsur dia mengambil kesempatan terhadap pelanggan melalui cara imbasan kod QR.

image is not available

Sementara itu, seorang pelanggan juga mengatakan dia berasa teraniaya kerana dia terpaksa membayar caj tambahan 20 sen untuk sarapan pagi.

Walaupun nilainya cuma 20 sen, namun saya agak terkejut kerana tidak pernah lagi kena macam tu di kedai lain.

Susulan itu, satu kertas siasatan juga telah dibuka dan kompuan juga dikenakan terhadap pemilik gerai di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan (AKHAP) 2011.

Kredit: Kosmo

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.