Peminjam Tak Bayar Hutang, Along Amuk Simbah Cat Merah Rumah Jiran

26 Jan 2024 • 3:52 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Gara-gara peminjam tak bayar hutang, pemberi pinjaman wang tidak berlesen atau Along bertindak simbah cat merah ke rumah jiran sehingga menyebabkan beberapa kenderaan serta pagar di rumah Selaseh, Gombak rosak.

Menurut laporan Bernama, seorang mangsa yang ingin dikenali sebagai Muhammad memberitahu dia menyedari pagar rumah, kereta isteri serta kereta jiran disimbah cat kira-kira jam 8 pagi.

Along simbah cat merah rumah jiran

image is not available

Bukan itu sahaja, Along turut meninggalkan sekeping nota di hadapan rumah jiran mendesak supaya orang yang tinggal di kawasan perumahan tersebut memaksa individu yang dicari untuk melunaskan hutangnya.

Apa yang lebih menakutkan, Along itu juga mengugut mahu membakar rumah di situ jika gagal berbuat sedemikian.

image is not available

Difahamkan, insiden simbah cat itu telah bermula sejak beberapa tahun lepas selepas jirannya yang dipercayai membuat pinjaman itu berpindah ke tempat lain.

“Sebelum ini, rumah saya ada terkena simbahan cat tetapi tidak seteruk seperti kali ini,” katanya ketika ditemui Bernama di sini.

image is not available

image is not available

Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Gombak ACP Noor Ariffin Mohamad Nasir mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu dan kes disiasat oleh Bahagian Jabatan Siasatan Jenayah Komersial.