Pemohon Visa Ke AS Dikehendaki Tukar Tetapan Privasi Media Sosial Kepada ‘Umum’

WorldTechnology
30 Jun 2025 • 8:47 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Pemohon Visa Ke AS Dikehendaki Tukar Tetapan Privasi Media Sosial Kepada ‘Umum’

Kerajaan Amerika Syarikat (AS) mengumumkan bahawa berkuat kuasa serta-merta, semua individu yang memohon visa bukan pemastautin jenis F, M, atau J dikehendaki untuk menukar tetapan privasi akaun media sosial peribadi mereka kepada ‘umum’.

Menurut U.S. Embassy Kuala Lumpur, langkah ini diambil sebagai sebahagian daripada proses semakan latar belakang yang diperlukan untuk mengesahkan identiti serta kelayakan pemohon untuk memasuki negara tersebut.

“Setiap kelulusan visa merupakan satu keputusan keselamatan negara,” menurut kenyataan rasmi U.S. Embassy Kuala Lumpur hari ini.

Tambah U.S. Embassy Kuala Lumpur, AS telah mewajibkan pemohon untuk menyenaraikan maklumat pengenalan media sosial mereka dalam borang permohonan visa pemastautin dan bukan pemastautin sejak 2019 lagi.

“Kami menggunakan semua maklumat yang tersedia dalam proses saringan dan semakan visa bagi mengenal pasti pemohon yang tidak layak memasuki AS, termasuk mereka yang mengancam keselamatan negara AS,” jelas kenyataan itu lagi.

image is not available
Kredit: U.S. Embassy Kuala Lumpur

image is not available
Kredit: U.S. Embassy Kuala Lumpur

Untuk info, visa F, M dan J lazimnya merujuk kepada visa pelajar dan pertukaran akademik yang membolehkan individu menyambung pengajian atau menjalani latihan di AS.