Pempengaruh Chazynash Selamat Bertunang, Hantaran Bekas Isteri Jadi Tumpuan – “Insyaallah Berkat Doa Hampa Fatin Kuat”

EntertainmentLifestyle
26 Dec 2025 • 11:26 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

Hantaran terbaharu pempengaruh media sosial, Fatin Morat mencuri perhatian warganet selepas bekas suaminya, Chazy Nash selamat bertunang dengan wanita pilihan, semalam.

Menerusi satu perkongsian di media sosial, Fatin menzahirkan rasa terharu atas sokongan dan doa yang diterimanya daripada orang ramai, khususnya selepas berita pertunangan bekas suami mula tular.

Advertisement

Dalam masa sama, Fatin turut mengucapkan terima kasih kepada mereka yang menyokong perniagaannya iaitu Perfume dan Cornflake Fatin, sambil mendoakan agar semua yang memberi sokongan turut dimurahkan rezeki dan dipermudahkan urusan.

image is not available

Perkongsian tersebut menerima pelbagai reaksi positif daripada warganet yang rata-ratanya terus memberikan kata-kata semangat serta mendoakan agar Fatin diberikan kekuatan dan kebahagiaan pada masa hadapan.

Sementara itu, Chazy Nash turut berkongsi beberapa momen majlis pertunangannya yang berlangsung di sebuah restoran menerusi hantaran di media sosial.

View this post on Instagram

“Setiap permulaan dan pengakhiran milik Allah. Semoga Allah permudahkan segala yang tertulis buat kita. Menghormati masa lalu dan percaya pada perancangan Allah,” tulisnya.

Untuk rekod, sebelum ini Chazy Nash mengakui berada dalam fasa serius dengan seorang wanita yang bakal dijadikan calon isteri. Dia juga mengesahkan telah bercerai dengan Fatin Morat pada 23 Januari lalu menerusi satu hantaran di Instagram.

Menurut Chazy Nash, perpisahan tersebut yang berpunca daripada kesilapannya itu merupakan keputusan yang dicapai dengan persefahaman bersama.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available2025-12-25 14:15:50

Tular Video Lelaki Menang 'Award' Pakai Gaun Terbelah Paha, JAWI Ambil Tindakan

The post Pempengaruh Chazynash Selamat Bertunang, Hantaran Bekas Isteri Jadi Tumpuan – “Insyaallah Berkat Doa Hampa Fatin Kuat” first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.