Pempengaruh Dikompaun Jual Piza Wagyu Guna MPV Mewah Tanpa Lesen

30 Apr 2025 • 7:28 PM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Seorang pempengaruh media sosial yang juga usahawan dikenakan kompaun oleh Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) selepas didapati menjalankan aktiviti menjual piza wagyu tanpa lesen menggunakan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) mewah, kelmarin.

Memetik laporan Harian Metro, MPAJ dalam satu kenyataan di Facebook memaklumkan tindakan itu diambil susulan aduan berkenaan gangguan awam yang tercetus akibat kegiatan jualan tanpa kebenaran di kawasan berkenaan.

Menurut kenyataan itu lagi, kompaun telah dikeluarkan berdasarkan peruntukan di bawah Undang-Undang Kecil

MPAJ 2007 bagi memastikan keselamatan dan keselesaan masyarakat setempat sentiasa terpelihara.


"MPAJ sentiasa menyokong pembangunan usahawan tempatan sebagai pemangkin ekonomi komuniti. Namun, pematuhan kepada undang-undang dan peraturan sedia ada amat penting bagi menjamin keharmonian bersama," jelas pihak berkuasa tempatan itu.

MPAJ turut memaklumkan bahawa satu sesi perbincangan telah diatur bersama pihak berkaitan bagi mencari penyelesaian terbaik agar isu penjaja tanpa lesen tidak berulang pada masa akan datang.

Tambah mereka, usaha untuk memperkukuh kerjasama dengan komuniti akan diteruskan demi membina persekitaran yang lebih selamat, tersusun dan sejahtera untuk semua.

Sumber: Harian Metro
 
 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved