
Seorang pempengaruh Indonesia yang juga transgender menimbulkan kemarahan khalayak menerusi perlakuan biadabnya baru-baru ini.
Dikenali sebagai Isa Zega, lelaki dengan nama sebenar Sahrul itu telah memakai jubah sewaktu menunaikan umrah di tanah suci Mekah.
Tindakan tersebut dianggap biadab dan bertentangan dengan agama sementelah seorang lelaki yang menunaikan umrah diwajibkan memakai ihram.
Menerusi beberapa perkongsian di Instagram, dia antaranya dilihat memakai jubah di hadapan Masjid Nabawi sewaktu di Madinah dan tersenyum manis memakai pakaian wanita berwarna coklat dengan latar belakang Kaabah.
Malah tanpa rasa malu atau bersalah, lelaki itu berkongsi video momen dirinya menunaikan umrah sebagai seorang wanita.
“Saya juga mampu mencium Hajar Aswad,” tulis bekas pengurus artis transgender Lucinta Luna itu pada kapsyen di Instagram.

