Renungan Mata Fattah Amin Buat Una Tak Mampu Nak Bercakap - “Berdegup Jantungku, Bila Fattah Melihatku”

25 Oct 2024 • 7:55 AM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Pempengaruh media sosial yang dikenali sebagai Una mengakui pelakon Fattah Amin seorang lelaki yang mempunyai wajah kacak.

Renungan mata

Pernah bekerjasama ketika membuat siaran langsung (live) menjual kambing perap baru-baru ini, Una turut berkata renungan mata Fattah membuatkan dirinya tak dapat berkata apa-apa.

 

“(Fattah) bukan setakat ‘handsome’ tapi helok (elok). Saya tak boleh nak bercakap secara berdepan sangat dengan Fattah sebab renungan mata dia.

 

“Bila dia bagi renungan mata dia macam itu, kita jadi macam, ‘Ehh tak bolehlah’,” kongsi Una.

 

Video perkongsian Una yang menjawab pertanyaan pengikut di TikTok ketika membuat live itu dimuat naik semula di akaun TikTok @ayuuariffin84.

 

 

Ketika ditanya adakah dirinya ‘cair’ melihat Fattah Amin, Una bagaimanapun memaklumkan dirinya seorang yang profesional ketika bekerja.

 

Namun, apa yang mencuri perhatian apabila Una sempat menyanyi dan menukar bait lirik lagu ‘Ah! Rindu Lagi’ nyanyian asal penyanyi dangdut terkenal iaitu Amelina.

 

“Tak adalah cair, biasa ja perasaan itu. ‘Berdegup jantungku, bila Fattah melihatku’,” kata Una.