Pempengaruh, Mr Wong Meninggal Dunia

EntertainmentLifestyle
10 Jan 2026 • 11:50 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Pempengaruh media sosial, Mohammad Shohaimi Mohamed Amin atau lebih dikenali sebagai Mr Wong meninggal dunia sekitar jam 7 malam tadi.

Berita duka itu dikongsikan oleh rakan-rakan Allahyarham di media sosial.

Pengguna TikTok, @Ayukepoh memaklumkan perkhabaran itu diketahui daripada isteri Allahyarham iaitu Kak Ros.

BACA JUGA: Pempengaruh Media Sosial, Rambo Castello Meninggal Dunia

Dia memohon agar orang ramai mendoakan roh Allahyarham dicucuri rahmat.

Dalam pada itu, Farid Along juga berkongsi bahawa Allahyarham menghembuskan nafas terakhir di Hospital Kuala Lumpur dipercayai akibat sakit jantung.

Salam takziah kepada seluruh keluarga Allahyarham, semoga  Allahyarham ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman.

Sumber: Farid Along, Ayu Kepoh

The post Pempengaruh, Mr Wong Meninggal Dunia appeared first on Siakap Keli.

View Original Article