Pempengaruh Rasmi Majlis Akademik Di Sekolah, JPN Kedah Buka Siasatan

LocalPolitics
9 Dec 2025 • 3:28 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Kedah mengesahkan siasatan sedang dijalankan berhubung tindakan sebuah sekolah di negeri itu yang menjemput seorang pempengaruh media sosial untuk merasmikan majlis anugerah akademik baru-baru ini.

JPN Kedah memandang serius isu jemputan seorang pempengaruh media sosial merasmikan majlis anugerah akademik di sebuah sekolah di negeri ini 

JPN Kedah tidak akan berkompromi

image is not available

Menurut laporan Kosmo, JPN menegaskan mereka tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak sekiranya didapati melanggar peraturan sedia ada.

Siasatan sedang dijalankan dan tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana pihak yang didapati tidak mematuhi peraturan yang sedang berkuat kuasa.

Garis panduan jemputan perlu dipatuhi

image is not available

Menurut JPN Kedah, semua pentadbir sekolah diingatkan supaya memastikan jemputan kepada pihak luar dibuat selaras dengan garis panduan ditetapkan.

Tetamu yang dijemput perlu menjadi contoh yang baik selari dengan hasrat yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan Negara.

Isu ini sekali gus mencetuskan perbincangan dalam kalangan netizen mengenai kriteria individu luar yang wajar dijemput ke majlis rasmi sekolah, terutama yang melibatkan pencapaian akademik pelajar.

Pssttt! Majlis sekolah bukan sekadar acara rasmi, tetapi platform membina nilai. Pastikan jemputan mencerminkan teladan positif selari dengan hala tuju pendidikan negara.

Kredit: Kosmo
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

The post Pempengaruh Rasmi Majlis Akademik Di Sekolah, JPN Kedah Buka Siasatan appeared first on Oh! Media.