Pempengaruh Sam Lim Selamat Bergelar Suami Kepada Parisa Ardina, Kacak Berbaju Melayu Putih

EntertainmentLifestyle
10 Apr 2026 • 12:59 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

Pempengaruh terkenal, Sam Lim, hari ini dikhabarkan sudah bernikah dengan pilihan hatinya iaitu pelakon jelita, Parisa Ardina.

Perkara ini mula menjadi bualan ramai selepas seorang netizen berkongsi gambar nikah pasangan itu yang diambil daripada media sosial rakan terdekat Sam Lim.

Sam Lim dan Parisa dalam persalinan serba putih

View on Threads

Berita gembira ini kemudian disahkan oleh pemilik akaun @hennabybeehijabstylist yang berkongsi gambar kedua-dua mempelai.

Lebih menarik, gambar yang dikongsikan jelas memperlihatkan Sam Lim tampil segak berbaju Melayu putih, manakala Parisa Ardina anggun dalam busana pengantin serba putih lengkap dengan hijab.

sam lim

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen tidak melepaskan peluang untuk mengucapkan tahniah dan mendoakan kebahagiaan pasangan ini.

Pssttt! Pasangan yang popular di TikTok. Sama cantik sama padan! Tahniah semoga ikatan yang dibina kekal bahagia sehingga ke jannah.

Kredit: Thread
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

The post Pempengaruh Sam Lim Selamat Bergelar Suami Kepada Parisa Ardina, Kacak Berbaju Melayu Putih appeared first on Oh! Media.
View Original Article