
PEMPENGARUH Sam Lim sah bergelar suami kepada Parisa Ardina. Berkongsi hantaran lengkap busana pengantin di samping isteri tercinta, TikToker yang memiliki 4.11 juta pengikut itu mengucapan terima kasih atas doa yang dititip warganet.
Mengesahkan pernikahan, hantaran tersebut sekali gus menolak dakwaan sesetengah pihak bahawa ia sekadar konten.

"Terima kasih atas semua doa dari kalian.
"Mereka kata, ini sekadar content, dapatkan engagement, mainkan perasaan netizen dan ntuk business trick. And...," kongsi Sam.

Sementara itu, Parisa pula memuat naik video berpakaian pengantin serba putih di samping Sam dan berkongsi kapsyen pendek berserta emoji cincin.

Hantaran berkenaan menerima ucapan tahniah daripada warganet yang rata-rata teruja dengan penyatuan dua hati influencer kesayangan mereka.
Terdahulu, spekulasi perkahwinan Sam dan Parisa timbul selepas jurusolek berkongsi foto yang memaparkan gambar pasangan merpati dua sejoli itu di laman sosial Threads.

