Pempengaruh Sebak Kongsi Momen Terakhir Bersama Suami

31 Oct 2025 • 3:21 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Pempengaruh Sebak Kongsi Momen Terakhir Bersama Suami

Setiap pasangan yang mendirikan rumah tangga pastinya menginginkan mahligai yang dbina berkekalan sehingga ke akhir hayat.

Pun begitu, tiada sesiapa yang mampu menidakkan bahawa hanya kematian satu-satunya yang mampu menjadi pemisah ikatan perhubungan yang dibina.

Momen ini sudah tentunya berat untuk dilalui apatah lagi tidak berkesempatan berada di sisi insan yang kita cintai sewaktu pemergiannya.

Meskipun waktu menjadi penyembuh luka, namun hakikatnya kenangan dan memori indah bersamanya kekal tersemat di hati.

Sempat Teman Buat Imbasan Kandungan, Isteri Sebak Terima Berita Pemergian Suami

Begitulah situasi yang dilalui oleh seorang pempengaruh media sosial yang juga seorang penulis, Farah Fakhira yang terpaksa meredai pemergian suami tercinta, Zaidul Ariff secara mengejut.

Perkhabaran duka itu dikongsikannya dalam satu hantaran di akaun rasmi Instagram miliknya.

“Sampai hospital dapat tahu dia dah tak ada..”

Menerusi perkongsian itu, difahamkan suaminya pengsan sewaktu bermain badminton sebelum dikejarkan ke hospital.

“Ya Allah ampunkanlah suamiku, sesungguhnya dia seorang suami yang sangat baik dan bertanggungjawab.

“Terima kasih kerana pinjamkan dia buatku selama ni. Terima kasih izinkan kami ada zuriat bersama walaupun dia dah tak ada denganku

“Rasa sekelip mata gelap terus dunia bila situasi ni datang semula. Benarlah, kematian ni bila-bila masa je Allah nak ambil.

“Minta sangat doakan arwah ye, ditempatkan orang-orang beriman dan semoga suatu hari nanti Fara boleh jumpa dia di syurga.

“Dan minta juga doakan Fara sihat dengan baby dan kuat jalani kehidupan lepas ni,” luahnya,

Sempat teman buat imbasan kandungan sebelum pergi

Menurutnya, arwah sempat menemani Farah pada tengah hari semalam bagi membuat imbasan bayi dalam kandungannya, sebelum arwah keluar untuk bermain badminton di sebelah malam.

“Ya Allah, Engkau izinkan aku ada zuriat bersamanya setelah sekian lama, tetapi Engkau tidak izinkan aku dan anak hidup bersamanya.

“Ampuni dia ya Allah, sesungguhnya dia insan yang sangat baik dan bertanggungjawab selama dia menjadi seorang suami dan aku mengenali seorang lelaki,” nukilnya.

https://www.instagram.com/reel/DQc_Vk9E4EE/?igsh=MW9zbXBmaWZ2aHN2bQ==

Difahamkan, pasangan itu baru sahaja pulang dari menunaikan umrah pada minggu lalu.