Pempengaruh Tunjuk Resit Bayar RM1 Setelah Berhutang Usahawan Sebanyak RM160K – “Saya Bayar Dulu Sikit”

14 Sep 2026 • 2:02 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

Usahawan dan pempengaruh, Al-Amin memaklumkan bahawa individu bernama yang juga ‘influencer’ Jenny Besut kini sudah mula membuat bayaran terhadap jumlah hutang yang didakwa mencecah RM160,000.

Menurutnya, Jenny membuat bayaran sebanyak RM1 pada hari ini sebagai permulaan untuk melunaskan jumlah berkenaan.

Advertisement

Jenny

“Alhamdulillah, asbab viral @cikjennyy dah start bayar, hari ni dia bayar RM1 ringgit dari total hutang RM160k.”

Turut dikongsikan ialah tangkap layar perbualan WhatsApp yang memaparkan bukti transaksi RM1 serta mesej daripada Jenny.

Dalam mesej tersebut, Jenny memaklumkan bahawa dia akan membayar sedikit demi sedikit dan memohon agar pihak berkenaan tidak berkecil hati dengan jumlah bayaran yang dibuat.

“Saya bayar dulu sikit. Takpe marah saya hilang pun saya okay je. Nanti datang katakan saya yang takpe 2 bulan ya.”

Jenny turut menyatakan dia perlu membahagikan bayaran mengikut kemampuan dan berjanji untuk menyelesaikan hutang tersebut.

hutang

Perkongsian itu kemudian mendapat perhatian ramai, dengan pengguna media sosial meninggalkan pelbagai reaksi terhadap perkembangan berkenaan.

Sebelum, pempengaruh Yuti juga terpalit isu ‘liat’ membayar hutang hampir Rm1.4 juta terhadap Al-Amin dan juga seorang usahawan wanita yang lain.

Difahamkan, isu tersebut masih belum selesai dan bertemu jalan penyelesaian antara mereka.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Image from: Pempengaruh Tunjuk Resit Bayar RM1 Setelah Berhutang Usahawan Sebanyak RM160K – “Saya Bayar Dulu Sikit”2026-09-11 15:01:54

"Orang Cuma Minta Hutang Balik" - Pempengaruh Terpalit Isu Tak Bayar Hutang RM 1.4 Juta, Hantaran Sayu Jadi Tumpuan

 

The post Pempengaruh Tunjuk Resit Bayar RM1 Setelah Berhutang Usahawan Sebanyak RM160K – “Saya Bayar Dulu Sikit” first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved