Khairul Aming sekali lagi menarik perhatian ramai selepas berkongsi perubahan fizikalnya susulan kejayaan menurunkan berat badan sebanyak 25 kilogram.
Menerusi hantaran di Threads, usahawan dan pempengaruh itu turut menitipkan kata-kata semangat kepada mereka yang sedang berusaha menurunkan berat badan.
Advertisement
“Anyone yang tengah dalam weightloss journey, teruskan jangan give up,” tulisnya ringkas.
Hantaran tersebut mendapat lebih puluhan ribu tanda suka, selain ruangan komen dipenuhi pengguna yang turut berkongsi perjalanan penurunan berat badan masing-masing.
Antaranya, seorang pengguna bernama Farhan berkongsi berat badannya yang berjaya turun daripada 155.6 kilogram kepada 127 kilogram.
Ainul pula berkongsi kejayaan mengurangkan 27 kilogram, daripada 85 kilogram kepada 58 kilogram.
Tidak ketinggalan Qeesha yang berjaya menurunkan berat badan daripada 90 kilogram kepada 65 kilogram dan kini memberi tumpuan untuk mengekalkan berat tersebut.
“Masa 90kg dulu rasa struggle sangat, sekarang just maintain je berat. Fighting untuk siapa yang tengah berjuang!” katanya.
Seorang lagi pengguna, Ahnaf, turut berkongsi pencapaiannya selepas berjaya mengurangkan berat badan daripada 110 kilogram kepada 88 kilogram.
Kesibukan Bukan Lagi Alasan
Perubahan fizikal Khairul Aming turut memberi inspirasi kepada pengguna lain, terutama mereka yang beranggapan kesibukan menjadi penghalang untuk menjaga kesihatan.
View this post on Instagram
Seorang pengguna bernama Iskandar menyatakan kejayaan Khairul Aming menurunkan berat badan walaupun mempunyai jadual yang padat membuktikan bahawa usaha secara konsisten boleh dilakukan.
Malah, ada pengguna yang mengakui mula mengambil langkah untuk bersenam dan mendapatkan khidmat jurulatih peribadi selepas terinspirasi dengan perkongsian tersebut.
“Saya pun dah mula latihan bebanan. Berkat baca post pasal PT tu, akhirnya tergerak nak ambil jurulatih peribadi juga,” kata Nisa.
Perkongsian Khairul Aming itu akhirnya bukan sahaja mengenai perubahan fizikal dirinya, malah membuka ruang kepada orang ramai untuk berkongsi perjalanan masing-masing dalam usaha menjalani gaya hidup yang lebih sihat.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

"Kenapa Perlu Wujud Naratif Salahkan Keluarga Mangsa" - Pak Cik Saudara Adik Haira Bersuara Mengenai Dakwaan NGO Pencintan Haiwan
The post Khairul Aming Turun 25kg, Kongsi Foto Terkini Sambil Beri Semangat Kepada Pejuang Weight Loss – “Jangan Putus Asa, Teruskan!” first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.






