Pempengaruh wanita mati lepas rebah ketika maraton

SportsHealth & Fitness
22 Oct 2026 • 10:45 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Pempengaruh wanita mati lepas rebah  ketika maraton

Perlumbaan yang sepatutnya meraikan ketahanan fizikal dan pencapaian bertukar menjadi tragedi buat seorang pempengaruh larian dari Korea Selatan.

Yoo Ji-won, 25, rebah kira-kira 500 meter sebelum menamatkan acara separuh maraton di Seoul baru-baru ini.

Ji-won dilaporkan mengalami kecemasan perubatan selepas berlari sejauh 20.6 kilometer (km) daripada keseluruhan laluan 21.0975km.

Menurut pihak penganjur, seorang pegawai yang menemui pelari itu segera menghubungi perkhidmatan kecemasan dan melakukan bantuan pernafasan kardiopulmonari (CPR).

Jo-won kemudian diberikan rawatan kecemasan sebelum dibawa menggunakan ambulans ke hospital berhampiran, namun disahkan meninggal dunia.

Punca kematiannya bagaimanapun belum didedahkan kepada umum setakat ini. Tiada penjelasan perubatan rasmi dikeluarkan bagi mengenal pasti punca sebenar dia rebah dan meninggal dunia.

Ji-won merupakan pelajar pascasiswazah di Institut Sains dan Teknologi Termaju Korea (KAIST), dengan penyelidikan tertumpu pada semikonduktor kecerdasan buatan (AI).

Di sebalik kesibukan di makmal, dia turut dikenali dalam kalangan komuniti larian menerusi akaun Instagram, @mta1n_0ne yang memaparkan rutin latihan, penyertaan dalam perlumbaan dan pencapaian peribadinya.

Menurut laporan media Korea Selatan, gadis itu mula berlari pada 2022 sebelum memberikan tumpuan lebih serius untuk meningkatkan prestasi lariannya pada musim panas tahun lalu.

Image from: Pempengaruh wanita mati lepas rebah  ketika maraton
JI-WON mula aktif berlari pada tahun 2022.

Dalam temu bual bersama sebuah saluran YouTube berkaitan larian pada Mac lalu, Ji-won berkongsi rutin hariannya yang padat dengan komitmen penyelidikan.

Ji-won dilaporkan tiba di makmal pada pukul 9 pagi, dan hanya mula berlari sekitar 8 malam selama dua jam.

Ada kalanya, Ji-won kembali ke makmal selepas berlari untuk menyelesaikan baki tugasan.

Kesungguhannya membuahkan hasil apabila Ji-won menamatkan maraton Seoul pada 15 Mac lalu dengan catatan dua jam, 56 minit dan 32 saat, sekali gus merekodkan masa di bawah tiga jam.

Pada bulan berikutnya, Ji-won turut memenangi kategori Masters wanita 10km pada Maraton Gunsan Saemangeum.

Perlumbaan Seoul Race pada tahun ini bermula di Seoul Plaza pada pukul 7.30 pagi dengan penyertaan kira-kira 12,000 pelari bagi acara separuh maraton dan 11km.

Dalam kenyataan akhbar pada 12 Oktober lalu, jawatankuasa penganjur menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga Ji-won serta mengakui kejadian itu turut memberi kesan kepada peserta lain.

Pihak penganjur turut berjanji meneliti insiden berkenaan dan mengambil tindakan susulan yang sewajarnya.

Berita kematian Ji-won mengundang penghormatan daripada rakan, pengikut dan komuniti larian.

Kemas kini Instagram terakhirnya pada 4 Oktober lalu memaparkan pencapaian dalam acara larian 10km.

Dalam hantaran itu, ramai rakan dan pencipta kandungan larian berkongsi kesedihan selepas mengetahui kejadian menimpa Ji-won.

“Saya sangat menyesal kerana tidak dapat berada di sisi awak sehingga ke penghujung,” tulis salah seorang rakannya dalam ruang komen.

Pemergian Ji-won meninggalkan kesan mendalam kepada mereka yang mengikuti perjalanan lariannya.

Daripada seorang pelari suka-suka pada 2022 kepada atlet amatur yang berjaya menamatkan acara larian separa maraton di bawah tiga jam.

The post Pempengaruh wanita mati lepas rebah ketika maraton appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved