Pemuda Beri Alasan Mahu Ajak Kekasih Main ‘Game Bola’ Selepas Ditangkap Khalwat

Entertainment
19 Mar 2023 • 4:45 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Mahu bermain permainan video bola sepak bersama-sama. Itulah alasan yang diberikan oleh seorang pemuda apabila dia ditahan berkhalwat oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Melaka (JAIM) di sebuah bilik hotel di daerah Melaka Tengah.

Pasangan itu antara enam individu ditahan membabitkan tiga pasangan yang dicekup oleh penguat kuasa JAIM. Difahamkan, operasi tersebut dijalankan di empat buah hotel bermula 11 malam hingga 4 pagi.

image is not available

Menurut Pengarah Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) Datuk Che Sukri Che Mat, serbuan dilakukan selepas pihaknya menerima maklumat daripada orang awam.

“Pasangan berusia 23 tahun yang berasal dari Pahang itu mengambil masa 10 minit untuk membuka pintu bilik hotel selepas diketuk penguat kuasa JAIM ketika pemeriksaan 2.30 pagi.

“Ketika disoal siasat lelaki yang juga mekanik itu mengatakan ingin mengajak pasangannya bermain permainan video bola sepak sebelum kedua-duanya ditahan kerana berkurung di dalam bilik hotel hingga menimbulkan syak tanpa ikatan perkahwinan sah,” katanya kepada sumber.

Sambungnya lagi, terdapat juga pasangan pelajar universiti yang mendakwa mereka datang dari Johor ke Melaka semata-mata untuk meraikan sambutan hari jadi sebelum mendaftar masuk ke dalam hotel bersama-sama.

Kredit: Harian Metro

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.