
NILAI – Seorang lelaki disyaki mengalami masalah psikiatri bertindak agresif dengan melibas sebatang besi ke arah seorang lelaki sehingga terkena dahi mangsa dalam kejadian di Pekan Lama Nilai, di sini, pagi tadi.
Dalam kejadian kira-kira pukul 9.06 pagi itu, mangsa, Muhammad Dzulfikri Syamsuri Sha Abdul Lasim, 26, mengalami kecederaan di bahagian dahi.
Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Johari Yahya berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian pergaduhan menggunakan senjata melalui sistem NG999.
“Siasatan awal mendapati ketika mangsa hendak melintas di kawasan Pekan Lama Nilai, mangsa menahan seorang lelaki yang disyaki mengalami masalah psikiatri. Bagaimanapun, suspek kemudian bertindak agresif dengan melibas sebatang besi ke arah mangsa sehingga mengenai bahagian dahi dan menyebabkan kecederaan,” katanya kepada pemberita hari ini.
Katanya, sebaik polis tiba di lokasi kejadian, suspek didapati telah melarikan diri dan usaha mengesan suspek sedang giat dijalankan. – KOSMO! ONLINE
The post Pemuda cedera dahi dilibas besi appeared first on Kosmo Online.





