Pemuda ditembak ‘point blank’ oleh israel, dibiar tanpa rawatan

3 Dec 2022 • 12:29 AM MYT
UmmahToday
UmmahToday

From Ummah To Ummah News Portal

image is not available

TEBING BARAT: Seorang pemuda Palestin berusia 22 tahun ditembak ‘point blank‘ sebentar tadi oleh tentera penceroboh israel dan kemudiannya dibiarkan tanpa rawatan.

Kejadian yang berlaku pada Jumaat di bandar Huwara, Nablus bahagian utara Tebing Barat itu turut dikongsi oleh rakyat Malaysia yang tinggal di Gaza, Nadir Al-Nuri melalui akaun facebook rasminya.


“Kalau merasa sesak, alihkan matamu seketika melihat nasib saudaramu di Palestin. Moga engkau akan bangkit & terus berjuang,” tulis Nadir untuk tatapan pengikutnya.

Media Palestin, Times of Gaza turut memuatnaik detik-detik pemuda Palestin itu ditembak bertubi-tubi tanpa belas kasihan. Tiada laporan lanjut dinyatakan tentang punca pemuda itu diperlakukan dengan kejam sedemikian.

Malah, pasukan pendudukan israel dilihat menghalang bantuan paramedik yang datang dalam usaha memberikan rawatan awal kepada pemuda Palestin yang jelas menjadi mangsa kezaliman dan tidak berperikemanusiaan tentera penceroboh.

Melalui posting terbaharu Times of Gaza setakat ini, pemuda itu telah meninggal dunia ditempat kejadian. Namun, tiada maklumat tentang nama serta latarbelakang pemuda itu dilaporkan setakat ini.

image is not available

Rakyat Palestin dizalimi setiap hari, tanah mereka dirampas oleh peneroka haram israel.

Kini mereka dijajah dan dipaksa merempat dibumi sendiri.

Sumbangan anda untuk rakyat Gaza & Palestin sangat diperlukan dalam usaha meringankan penderitaan mereka.

ATAU menerusi
Akaun Maybank Dana MAPIM:
5628 3463 6620

MAPIM Malaysia boleh dihubungi menerusi talian Hotline MAPIM Malaysia iaitu 1300-888-038 (Isnin-Jumaat 9am-6pm) atau whatapps 012-800-2016

Ikuti update terkini