Pemuda hilang di sungai ditemukan lemas

16 Jan 2023 • 1:05 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

KUANTAN: Seorang pemuda yang dilaporkan hilang sejak dua hari lepas di sungai berhampiran Masjid Lama Kampung Batu Bor, Bera ditemukan lemas pagi ini.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang Ismail Abdul Ghani berkata mayat Faizal Akmal Fikri Mohd Fauzi, 19, ditemukan pada 10.44 pagi oleh Unit Anjing Pengesan (K9) bomba yang terlibat dalam operasi mencari dan menyelamat.

“Mangsa ditemukan terapung kira-kira satu kilometer dari lokasi kejadian dan mayat diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut,“ katanya ketika dihubungi.

Media sebelum ini melaporkan Faizal Akmal Fikri yang beralamat di Kampung Bukit Lada, Temerloh, dikhuatiri lemas selepas dilaporkan hilang ketika mandi di sungai berkenaan pada Sabtu.

Mangsa dikatakan ke sungai itu menunggang motosikal berseorangan dan barangan peribadinya turut ditemukan di lokasi kejadian. - Bernama