Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Ketua Penerangan Pemuda MCA, Neow Choo Seong memaklumkan bahawa sebarang video yang dikongsikan berkaitan perkembangan keadaan serta dakwaan penderitaan dilalui tiga ekor gajah Malaysia, Dara, Amoi dan Kelat (DAK) yang kini menghuni Zoo Tennoji di Osaka, Jepun akan disimpan sebagai rekod.
Ini bagi memastikan segala perkara dan hal berkaitan gajah-gajah tersebut tidak dipandang ringan oleh pihak bertanggungjawab.
Dalam masa sama, beliau turut berterima kasih kepada orang ramai yang prihatin dan tidak putus-putus memberikan perkembangan keadaan semasa gajah yang dihantar ke zoo berkenaan.
“Saya Akan Pastikan Pihak Yang Cuai & Aniaya Dibawa Ke Muka Pengadilan” – Neow
Malah beliau Neow menegaskan beliau akan memastikan pihak yang didapati cuai atau melakukan penganiayaan terhadap gajah-gajah terbabit akan dipertanggungjawabkan mengikut undang-undang.
“Walaupun kuasa membuat keputusan bukan di tangan saya, saya akan terus berusaha memastikan setiap pihak yang didapati melakukan penganiayaan atau kecuaian terhadap DAK dipertanggungjawabkan dan dihadapkan ke muka pengadilan mengikut undang-undang, apabila tiba masanya.
“Perjuangan ini tidak akan berakhir selagi keadilan belum ditegakkan untuk DAK,” tegasnya.
View on Threads
Netizen Dakwa Dara & Amoi Kepanasan Hingga Terpaksa Cari Tempat Berteduh Di Zoo Tennoji
Beliau berkata demikian selepas tular beberapa video Live TikTok di laman Threads semalam (22 September) menunjukkan Dara dan Amoi yang didakwa kepanasan dipercayai kerana cuaca sehingga haiwan itu terpaksa mencari tempat berteduh.
Menerusi video itu, kelihatan Dara dan Amoi berlindung di belakang tembok besar untuk berteduh daripada cahaya terik matahari.
Pemilik video dikenali sebagai Cik Moji di dalam siaran langsungnya turut menangis dan meluahkan rasa simpati melihat nasib gajah-gajah Malaysia yang kepanasan dan didakwa tidak disediakan makanan di dalam kandang.
View on Threads
Neow Gesa MPT & NRES Lakukan Pemeriksaan Kesihatan Mandatori Terhadap DAK
Sebelum ini, Neow telah menggesa Majlis Perbandaran Taiping (MPT) serta Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) supaya melaksanakan pemeriksaan kesihatan mandatori secara menyeluruh terhadap DAK dengan kadar segera.
Menurutnya, satu pasukan veterinar bebas dari Malaysia perlu dihantar ke zoo berkenaan dalam tempoh 14 hari bertujuan melakukan pemeriksaan fizikal secara terus, tanpa sekatan terhadap gajah-gajah terbabit.
Tegasnya, bagi mengesahkan dakwaan bahawa Kelat semakin kurus berbanding pertama kali dibawa dari Malaysia pula, penilaian terhadap berat badan, keadaan tubuh, kulit, mata, kaki dan kuku perlu dilaksanakan.
“Gajah yang sihat sepatutnya tidak perlu diasingkan berulang kali dalam sebulan.
“Kami menuntut akses penuh hasil laporan pemeriksaan ini, termasuk video dan keputusan makmal didedahkan kepada umum dan dinilai oleh pakar gajah bebas antarabangsa,” katanya.
View on Threads
Ramai Luah Rasa Bimbang Lihat Keadaan DAK Di Zoo Tennoji
Perkongsian video Live TikTok itu telah mendapat perhatian ramai netizen termasuklah pelakon tanah air Fazura, Heliza Helmi, Tiz Zaqyah dan ramai lagi.
“Kesiannya gajah kita . Cuaca kita (Malaysia) panas pun panas lembab bukan macam panas diorang. Ya Allah,” kata seorang wanita.
Sementara itu, segelintir individu turut mendakwa badan DAK semakin kurus daripada sebelumnya.
“Di alam liar, gajah ada kebebasan untuk bergerak dan memenuhi keperluan semula jadi. Bila hidup dalam jagaan manusia, ruang, pemakanan dan kesihatan semuanya dah jadi tanggungjawab penjaga. Ini nampak kurus sangat tak macam gajah normal. Confirm tak bagi makan atau makan kena catu ni,” dakwa seorang pengguna Threads.
Sebelum ini, tular dakwaan yang Kelat tidak dijaga dengan baik apabila kelihatan begitu kurus berbanding ketika berada di Malaysia. Namun Majlis Perbandaran Taiping (MPT) menjelaskan faktor fizikal tidak mencerminkan keadaan gajah tersebut.
Menurut MPT, Kelat mengalami penurunan berat badan kira-kira 100 kilogram (kg), namun susut berat badan itu berlaku ketika gajah jantan itu berada dalam fasa musth (keadaan semula jadi gajah dewasa) yang berterusan sejak 18 Ogos lalu.
Tambahnya, Kelat kekal baik dan stabil serta aktif sepanjang sesi latihan di sana.
Berikut antara komen-komen netizen:












