Tular Individu Dakwa Mat Saleh Kencing Dalam Train, Tapi Ramai ‘Back Up’ & Percaya Itu Titisan Peluh Lepas Bersukan

23 Sep 2026 • 1:40 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Umum mengetahui apabila menaiki pengangkutan awam banyak peraturan yang perlu diikuti seperti tidak dibenarkan makan atau minum, membuang sampah dan banyak lagi.

Mat Saleh didakwa kencing dalam tren

Baru-baru ini tular satu hantaran seorang pengguna Threads yang mendakwa terdapat seorang warga asing atau Mat Saleh membuang air kecil di dalam sebuah tren.

Dalam video dikongsikan pada hantaran sama, kelihatan lelaki warga asing itu berdiri berdekatan pintu dengan pakaian sukan.

Kelihatan titisan air pada lantai di kawasan Mat Saleh itu berdiri

Turut kelihatan lantai pada tren itu basah seperti air yang menitik di kawasan Mat Saleh itu berdiri.

“MyrapidKL ada orang putih (Mat Saleh) kencing dalam tren awak tadi. Tren ke arah Kelana Jaya,” dakwa individu itu.

Menerusi video itu, kelihatan Mat Saleh itu seperti baru sahaja selesai melakukan aktiviti sukan berdasarkan pakaiannya.

Image from: Tular Individu Dakwa Mat Saleh Kencing Dalam Train, Tapi Ramai ‘Back Up’ & Percaya Itu Titisan Peluh Lepas Bersukan

MyrapidKL minta nombor tren untuk tindakan segera, video undang pelbagai reaksi di kalangan netizen

Hantaran itu kemudiannya mendapat respon pihak MyrapidKL yang meminta individu berkenaan untuk memberikan nombor tren berkenaan untuk tindakan segera.

Video memaparkan Mat Saleh itu kemudiannya menjadi tular dan meraih pelbagai reaksi di kalangan orang ramai namun majoriti berpendapat ia bukanlah air kencing seperti yang didakwa sebaliknya peluh badan yang menitis selepas bersukan.

Ada berpendapat ia adalah peluh selepas bersukan

Ada yang meminta pemilik akaun itu untuk tidak cepat menghukum kerana permukaan yang basah pada lantai kelihatan seperti air peluh yang menitis.

Malah ada yang mengatakan Mat Saleh itu berkemungkinan mempunyai peluh yang keluar secara berlebihan dan perkara itu adalah normal di kalangan pelari dan atlet.

Tidak kurang ada yang kasihan kepada Mat Saleh itu apabila ada pihak yang begitu mudah membuat tuduhan sedemikian.

Terdapat pengguna mengatakan sekiranya ia adalah kencing pastinya air dilantai tersebut banyak kerana peluh menitik sedikit demi sedikit.

Ada yang kritik dan minta warga asing jaga kebersihan apabila berada di negara orang

Walau bagaimanapun, ada segelintir yang mempercayai dan mengkritik dengan mengatakan tren tersebut bukanlah tandas awam.

Bahkan ada yang bertanya ketika insiden itu berlaku tidak adakah individu yang menegur tindakan Mat Saleh terbabit.

Turut ada yang meminta mana-mana warga asing untuk menjaga kebersihan apabila berada di negara orang.

Walau bagaimanapun, menerusi semakan kami hantaran itu telah dipadam oleh pengguna akaun berkenaan.

“Kencing ke ni? Peluh kot? Macam baru habis marathon? Kalau macam tu, keringkan lah diri dulu. Ini lah sebab saya tak nak pegang tempat pemegang MRT.”

Image from: Tular Individu Dakwa Mat Saleh Kencing Dalam Train, Tapi Ramai ‘Back Up’ & Percaya Itu Titisan Peluh Lepas Bersukan

“Macam peluh je. Kalau kencing, memang dah banyak dah. Ni berpeluh sebab menitik sikit-sikit. Warna air pun lain”

Image from: Tular Individu Dakwa Mat Saleh Kencing Dalam Train, Tapi Ramai ‘Back Up’ & Percaya Itu Titisan Peluh Lepas Bersukan

“Salur kencing dia longgar kot? Tak ada sesiapa tegur atau marah, acah-acah bising rekod kasi dia malu”

Image from: Tular Individu Dakwa Mat Saleh Kencing Dalam Train, Tapi Ramai ‘Back Up’ & Percaya Itu Titisan Peluh Lepas Bersukan

“Ia nampak seperti peluh bukan air kencing. Tapi, dia sepatutnya keringkan diri dulu sebelum menaiki tren”

Image from: Tular Individu Dakwa Mat Saleh Kencing Dalam Train, Tapi Ramai ‘Back Up’ & Percaya Itu Titisan Peluh Lepas Bersukan

“Pengotor sungguh”

Image from: Tular Individu Dakwa Mat Saleh Kencing Dalam Train, Tapi Ramai ‘Back Up’ & Percaya Itu Titisan Peluh Lepas Bersukan
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved